Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

31 January 2011

Warna tema blog pengaruh pemilihan pakaian


Seharian tak de kat rumah untuk check blog and chat kat Sahabat Blogger.


Masuk aje Sahabat Blogger malam ni baca banyak post pasal gathering and Heliza. Waaa... Jeles tau. Cukup cukup la tu. Jiwa batinku terseksa.Tapi nak wat camne dah tak de rezeki lagi nak jumpa artis cam Heliza and Ben Ashaari tu.

Hari ni de jemputan perkahwinan kat Kuaters KLIA.

Pagi pagi lagi dah fikir nak pakai baju apa. Baru nak g jemputan perkahwinan, if nak g gathering blogger  tak tau la mau amek masa berapa lama.

Baju yang telah melepas tahap ujian pertama di keluarkan. Ada lah dua baju yang berjaya final. tehehehe...
Setelah beberapa pertimbangan dibuat, saya pilih baju kebaya warna biru. Bab baju dah setel.
Nak fikir pasal tudung pulak. Selalu pakai tudung putih kebiruan untuk baju tu. Tapi hari ni mood saya agak pelik sekali. Tetiba rasa nak padan baju biru tu dengan selendang pink pulak Dah macam warna tema blog Bicara Gadis pulak dah. Kuat betoi pengaruh blog ni.


 Gabungan berani warna biru and pink.


 Pembaca peta yang bagus buat pertama kalinya.


On the way pulang ke rumah singgah di Giant sebelum mau lawat makcik and embah kat Kg. Sg. Serdang.
Embah dah keluar dari hospital. Sekarang dia tinggal bersama makcik. Makcik yang jaga. Tapi semalam makcik demam pulak. Sian pulak tengok dia. Jaga embah sampai demam.


 Pilih makanan untuk di bawa ke rumah makcik.


 
 Penuh troli dengan angin.
Ekekeke...


 Dah tak pandang depan tengok makanan kat tepi tu.
De pulak yang 'eksiden' nanti.


 Tetiba penggayaan tudung berubah lepas solat zohor.



Masa dalam perjalanan tu sempat lagi saya siapkan satu puisi yang bertajuk tak usah. If de gitar memang dah jadi lagu ni... Echeh, berangan tak sudah... kihkihkih



TAK MUNGKIN

Oh tak mungkin dan tak mungkin
Ku kan kembali bersama mu
Ku pasti dan ku yakin
Ku bisa hidup tanpa kamu

Tak usah dan tak perlu
Pecahkan almari kaca lama
Mencari khilaf bersama
Berdoalah selalu
Agar cahaya iman
Terus menjadi teman

Biar sungai mengalir arus kenangan
Melemaskan segala dendam
Biar hujan memadam api kemarahan
Memberi pelangi kehidupan





Gathering bersama sanak saudara lebih bermakna dari segalanya. Semoga embah akan cepat sembuh.




29 January 2011

Rumahku Syurgaku

Shrek..... Buka pintu rumah nampak makhluk hijau... If bau bau yang berkeliaran dalam rumah tu boleh diperlihatkan sebagai makhluk hijau macam makhluk kuning digi tu, pasti semua orang takot and berusaha nak hapuskan ia... Tarik nafas sekejap, semput baca satu nafas... Tapi bukan semput A.T.H.MA .

Rasa sempit salur penafasan bila ada bau yang kurang enak di sesuatu ruangan. Tapak kaki gatal aje nak melangkah ke luar rumah. Alasan mau keluar hirup udara segar. Perlu buat sesuatu supaya kaki rasa tergari di rumah. Tak ingin keluar selalu. Rasa nyaman aje duduk di rumah. Wangi harum semerbak. Semua jasa baik Aromatherapy Cones.

Apa Aromatherapy Cones tu ??? Tengok gambar gorgeous kat bawah tu...



Macam macam bau ada.... Pilih aje nak mana satu...

Garu garu kepala, terpinga pinga tengok gambar gorgeuos tu. Macam mana nak guna? Tambah kedut aje fikir. Tak susah pun nak guna. Ambil beberapa biji kon letak dalam uncang or apa apa bekas yang sesuai, gantung kat mana mana tempat or letak aje atas meja.
Untuk kesan lebih baik dan haruman kekal lebih lama, simpan dalam suhu bilik, elak cuaca panas. Kon tu jenis puteri lilin. Baunya cepat meruap bila terlalu terdedah pada cuaca panas.


Nak kesan lebih cepat? Hanya beberapa minit lagi tetamu nak sampai depan rumah...... Amik satu dua kon and bakar macam bakar macam lingkaran ubat nyamuk. Biarkan ia berasap. Baunya tu boleh tahan 24jam. Saya dah buat ujikaji.

Asap dari bara kon tidak memedihkan mata tetapi dinasihatkan supaya diletak dipenjuru ruang dan ditempat yang selamat. Letak kon yang membara di atas piring atau bahan tahan bakar.

Aromatherapy Cones boleh jugak guna dalam kereta. Saya dah letak kat kereta. Sejak tu tak malu nak tumpangkan orang. Wanginya kereta.... Boleh tersenyum lebar sampai nampak semua gigi bila dengar tu.... Hidung kembang sekejap.... hehehe....



Jika berminat boleh hubungi Qardawi Enterprise di 03-32895722

28 January 2011

Engkau Memang Cantik

Sudah menjadi lumrah manusia suka yang cantik-cantik. Pantang melihat yang cantik pasti tergoda. Sanggup habiskan duit untuk beli benda benda cantik. Sanggup turunkan keegoaan diri hanya untuk menghampiri yang cantik. Sanggup seksa diri untuk kelihatan cantik di mata orang ramai. Semua hanya kerana cantik.
Merasa tidak cantik, merasa diri tidak memiliki apa apa padahal sudah memilik segalanya. hidup terasa kosong dan hampa disebabkan perasaan rendah diri ini.

Tak perlu gundah gelisah kerana dirimu begitu berharga. Engkau Memang Cantik.


Engkau Memang Cantik
(EMC)


EMC selagi percayakan Allah
EMC selagi kau terus bersolat
EMC selagi kau membaca Al-Quran
 EMC selagi kau kasih pada Ibu Bapa
EMC selagi kau bersifat fitrah
EMC selagi kau beradab sopan
EMCselagi kau sabar dan tenang
EMC selagi kau mencegah kemungkaran
 EMC selagi kau menjaga aurat
EMC selagi kau menjaga batas pergaulan
EMC selagi kau melakukan kebaikan
EMC selagi kau waras berhias
EMC selagi kau tak berputus asa

    EMC kerana kau seindah Islam


    Wah, comelnya dia


    Hari manyak sonok ari ni. Dapat header baru. Macam kanak kanak dapat gula gula je.
    Tersenyum lebar sampai ke telinga baca message dari Ask kat facebook
    Header dah siap. ~ Yeah!


    Hasil kerja tuan blog Aku Anak Mak



    Segalanya memenuhi kriteria yang saya cakap... Terima Kasih banyak banyak...
    Saya pilih gambar baju kuning tu bukan sebab saya mau kawen ngan kerabat di raja, tapi posing  ala ala Gadis Melayu gitu. Euww ~



     Akhirnya dapat jugak merasa letak header kat blog ni...


     ^_^




    27 January 2011

    Yeah! menang contest


    Hari ni tetiba tergerak hati mau tengok page Matjoe.com kat Facebook. Ternampaklah Keputusan Contest 12 -17 dan 7 - 11 | Investing, Living & Anything  dan terus klik link tu.

    Ada kejutan di situ. Memang sangat memeranjatkan saya. Dua tiga kali kelipkan mata and gosok gosok mata for make sure saya tak salah baca. OMG! Its really me....

    Saya menang contest entry 'Azam tahun 2011' anjuran matjoe. Saya dapat no.8... 
    Excited terlebih, padahal no.8 je pun bukan no.1.... No.8 pun nombor jugak. 
    Lagipun penyertaan contest ni ramai, more than 25 penyertaan wokey. Agak terujalah dapat no.8 tu.
    Dapat jugak topup free....


    Sumber : www.matjoe.com
    If tak percaya boleh klik kat picture tu untuk terus ke entri berkenaan.



    " Terima kasih pada penganjur kerana memilih entri saya yang tak seberapa tu. Saya akan berusaha menunaikan segala azam yang tersenarai. " 
    Echeh... kekonon berucap lepas nama diumumkan sebagai pemenang.


    Agak agak U all lah kan sebab pe entri ‘Azam tahun 2011’ saya dapat no.8 .
    Sebab azam pertengahan tahun saya kah? Banyak sangat orang komen pasai tu. Malu pulak che'.
    or sebab susunan azam saya teratur. Masing masing de pendapat tersendiri.


    klik [sini] untuk baca entri saya.




    SAYONARA
    *masih tersenyum gembira*



    26 January 2011

    Apam Coklat Lembap yang sedap



    Tajuk entri yang memuji diri sendiri. Ekekeke.... Masuk lif tekan sendiri melonjak naik terus ke tingkat paling atas...
    Kutu rajin mula hinggap kat kepala pulak. Tetiba rajin nak buat apam coklat lembap. Rasa teringin nak buat lepas buka entri Cik Emy.

    Resepi Cik Emy tak sama cam saya. Saya ni suka ubah ubah resepi. Nak yang lebih mabeles la katakan... Nasib baik cubaan menjadi and meletop gitu. Mama pun kata apam ni sesuai dimakan oleh embah sebab tak terlalu manis, rasa coklat yang sedap. Rasa cam nak tersenyum lebar sampai ke telinga. *cover cover*





    Apam coklat ni memang lembap.
    Tak kering kat tekak bila ditelan.




    Bahan-bahannya:

    1. 2 cawan tepung gandum
    2. 1 cawan serbuk koko
    3. 1 sudu kecil soda bikarbonat
    4. 5 biji telur
    5. 1/2 cawan gula halus (gula yang dikisar)
    6. 1 sudu kecil esen vanila
    7. 1 cawan susu pekat
    8. 1 cawan air panas
    9. 1/2 cawan minyak masak (minyak yang jadikan apam tu lembap)

    Cara-caranya :
    1. Panaskan pengukus.
    2. Ayak sekali tepung gandum, serbuk koko and soda bikarbonat.
    3. Bancuh susu pekat dengan air panas.
    4. Pukul telur dan gula halus sehingga kembang.
    5. Masukkan esen vanila, bancuhan susu, dan minyak. Gaul sebati.
    6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
    7. Sapu sedikit minyak masak pada loyang dan tuang bancuhan apam ke dalamnya.
    8. Kukus selama 10 minit. Setting masa betol betol. Permukaan apam tak berapa cantik jika terlalu lama.



     Bancuhan apam sebelum kukus.
    Tidak terlalu cair tidak terlalu pekat.
    Sedang sedang saja.
    ^_^



    SELAMAT MENCUBA!



    stalker blogger award



    Award pertama yang saya terima untuk tahun ni. Dalam keterpaksaan saya amek. Terpaksa erk... Debush... Memang nak kena tumbuk dengan pemberi award. Kecik ati dia. Ala ala mucuk mucuk adik akak... tehehe...


    Thanx bagi award ni. Tapi kenapa stalker blogger? sejak bila saya jadi stalker... Entah entah dia kot selalu jadi stalker kat blog ni... Saja la tu... malu nak ngaku... kihkihkih... Jangan mare pemberi award. 



    Award ni comei sangat...
    Jeng
    *
    *
    *
    Jeng
    *
    *
    *
    Jeng
    *
    *
    *

    Award dari blog line putih line hitam
    Comei tak?
    Janga terkejut tengok award ni.
    Tuan blog memang suka conteng menconteng ni..
    kehkehkeh.




    ARIGATOU !





    25 January 2011

    Buat Renungan Kaum Hawa


    Wanita ibarat epal.
    Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi
    kerana ia berguguran di tanah.
    Tapi epal yang tak mampu diperolehi berada di puncak.
    Susah dipetik dan susah digapai.
    Terkadang epal itu risau,
    kenapa diriku belum dipetik.
    Lantas ia merendahkan martabatnya
    dan menggugurkan diri menyembah tanah.
    Sedangkan ia sebenarnya Allah S.W.T 
    jadikan begitu tinggi martabatnya
    sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.
    Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.
    Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat.




    SEINDAH PERHIASAN
    ADALAH WANITA SOLEHAH

    Tabik berspring la kat Nurse


    Baru baru ni embah wedok *nenek dalam bahasa jawa* masuk hospital. Punya la susah nak pujuk dia g hospital. Dah terlantar kat rumah, sesak nafas pun tak mo pergi hospital. Semua orang takot nak g hospital, tak kira lah budak kecik or orang tua. Kena lah pandai pujuk if nak mereka yang sakit ni g hospital. Slow talk.


    Kebetulan masa embah kat hospital, my cousin cuti. Boleh la dia jaga. Melihat cara dia melayan embah kat hospital tu memang saya tabik berspring la. Sabarnya la dia. Dia pandai uruskan embah. Nak buka balang oksigen and topup tu pun dia pandai. Nampak expert je.*If saya jaga kena panggil nurse nak topup balang oksigen tu.sempat embah sesak nafas dulu.*  
    Erm, namanya pun Nurse. Even dia cepat naik angin, tapi bila melayan pesakit memang sangat sabar. Tetiba terasa sangat kagum dengan Nurse. 


     
    Nurse muda selalu jadi tumpuan mata lelaki.
    Yola, kebanyakan nurse comei comei putih putih.
    Dari pagi ke petang ke malam duk dalam hospital.




     Nurse sabar melayan kerenah pesakit tak kesah la budak kecik or orang tua.
    Orang tua jugak akan jadi cam budak budak bila sakit.




     Nurse dan ubat tak dapat dipisahkan ibarat pantai dan ombak.
    Echeh, bermadah pulak.





    Yang penting memang saya tabik berspring la kat nurse.
    Saya yang kawan kawan kata penyabar orangnya pun belum tentu boleh lakukan tugas nurse tu.





    23 January 2011

    Care or Love ? I don't care !


    Cerita ini bukannya nak mengungkit tapi hanya untuk membangkit semula erti sebuah persahabatan . Manusia memang mudah lupa. Lupa pada insan yang setia temani dia susah senang, lupa pada saat kesusahannya, lupa pada dosa masa lalu ....


    Kali ni dia benar benar telah guris hati saya . He not my friend anymore.
    Rasanya lebih teruk dari saya clash dulu.


    Saya bagai dah tak penting langsung dalam hidup dia. Saya tahu awak dah berjaya. Dah ada kerjaya and masa depan. Dah tak cam dulu. Sebab tu awak dah tak perlu saya. Saya ni hanya masa lalu awak.


    Saya masa lalu awak ketika awak masih belajar. Perlu teman untuk belajar, teman untuk berkongsi suka duka.


    Saya masa lalu awak ketika awak sedang sakit. Perlu teman untuk awak terus sehat. Saya sanggup buang tiket bus ke klang hanya kerana mau lawat awak di KL. Sanggup langkan masa untuk buat awak hepi biar pun masa untuk saya Study terhad .

    Banyak masa saya bagi kat awak. Tapi saya tak kesah kerana awak sahabat saya, kawan suka duka.


    Awak nampak sangat gemok lepas sakit tu. Awak kata tak de sesiapa nak kawan dengan awak. Saya datang jadi kawan awak walaupun awak telah sakitkan hati saya masa tu. Saya tak kesah sebab awak sahabat saya. Awak sahaja laki yang rapat dengan saya bukan kerana kecantikan fizikal yang memang tak de pada saya. *ni terlebih drama*


    Sekarang awak bukan lagi sahabat saya. Awak dah tak pernah nak dengar bila saya mula bercerita. Awak selalu tunjuk depan kawan kawan awak yang saya ni tak penting langsung. Saya hanya masa lalu awak.
    Awak bukan lagi laki yang saya kenal 6 tahun lalu.


    Adakah semua ni berlaku disebabkan rasa cinta yang pernah wujud antara kita? Sedih rasanya bila persahabatan yang lama terjalin boleh musnah hanya kerana bisikan cinta palsumu itu. *amik tisu jap lap peluh*


    Saya rasa awak ni kejam. Sebab tu saya buang awak dari friend lists FB. I'm sowie...
    Lebih saya tak tahu langsung apa yang jadi pada awak. Saya tak nak tau langsung sama ada awak sakit or gagal. Lagipun awak dah ramai kawan perempuan yang nak bagi dorongan kat awak. Saya kunci keputusan ni. MUKTAMAD !


    Bila orang tanya kat saya sama ada saya sayang ( care ) or cinta ( LOVE ) kat awak. Dengan selamba saya akan jawab I don't care about his anymore. Lantak pi la nak jadi apa kat hang . ~ sabar je la...




    Tak usah lagi pandang ke belakang.
    Perlu terus maju ke hadapan.




    18 January 2011

    Hadiah untuk Budak Milo


    Siapa budak milo sila angkat dan pergi milo sekarang... beli banyak banyak. Ada hadiah menarik untuk dimenangi.
    Ni bukan kesah budak milo kat padang tu. No No No... 


    Ni che' nak habaq pasai kontes dari milo. Eh, pasai apa keluar loghat utara ni...? Saya Lupa Saya Lupa Saya Lupaaa... 
    Saya orang Selangor... Ekekeke... Pengaruh Raja Lawak... Jangan Mare...




    Just 5 step to get the prizes :
    * Bukan calang calang hadiah tau *


    • Tag your friends. Maximum 10 persons.


    • Play the game.
    •  
      Main game muatkan orang sepadat padat milo fuze. 
      Ada 3 level yang perlu diselesaikan dalam masa satu minit.

      Level 1


      Level 2

      Level 3



      • Select prizes.
      Boleh pilih hadiah lagi. Syok tu. Mana de kontes cenggini.
      Pilih jangan tak pilih.


      • Register and submit POP.



         * Keep your Proof of Purchase (Cherish and guard it!) as we will need verification should your entry win. *


        • Win the prize.
        High score will be the winner.





        Check out NOW! ~ MiloFuzeJamPack



         

        16 January 2011

        Lipas tergolek kerana kon

         
        Memang saya gelak tergolek golek bila tengok lipas tergolek. First time tengok lipas tergolek bukan sebab kekejaman ridsect.


        Dua tiga kali saya buka tutup pintu bilik. Cam tak percaya tengok lipas tergolek kat dalam bilik saya.  Rasanya tadi sebelum keluar bilik tak de pun pegang ridsect wat semburan perfume.


        Ni memang kes kon yang ada kat bilik sayalah ni. Padan muka lipas tu. Jalan jalan tak mau tengok kiri kanan, kan dah tergolek. 


        Kon apa yang boleh buat lipas tu tergolek sampai ajalnya tiba? Jeng Jeng Jeng... 
        *
        *
        *
        *
        *
        *
        *
        *
        Kon ni bau serai wangi. Memang serangga tak suka. Musuh ketat lipas and nyamuk.
        Itulah lipas siapa suruh menyusup masuk bilik I. Tak pasai pasai mati di tengah jalan. Naseb ko la labu lipas.



         

        15 January 2011

        Najwa Latif the next Yuna




        Why i said Najwa Latif is the next Yuna? *echeh speaking london pulak*
        Kenapa the next Yuna bukan the next Ana Raffali? Jeng Jeng Jeng... Ada suspen di situ.
        Cam dah terbau bau Yuna bakal ada Junior... hohoho...
        Ada persamaan antara mereka. Menyanyi sambil main gitar plus suka pakai selendang masa nyanyi.. Selendang hitam selendang paling dia suka pakai. Memang nampak chantek pakai selendang tu.


        Siapa Najwa Latif ni? Penyanyi terkenal ke? Ohoo... Dia memang terkenal, terkenal kat Youtube. and maybe bakal terkenal cam Yuna. Siapa tau kan...


        Dia ni still sekolah lagi. Baru 16tahun.


        About Najwa Latif :
        I'm in love with music since I was a little girl. I went to many performance, but back then, it's just me and my voice. Alhamdulillah, I found my new love and passion, which is Guitar.My ayah buy me my first guitar which is Santa Cruz and send me to guitar class when he know that I am preety much in love with guitar. So, I took that chance to learn and it was love at first sight. And from then on, I always perform with my lovely guitar. Now, I have 5 guitar, which is Santa Cruz (Kapok) , Yamaha (Classical), Ibanez (electric) , StarSun (acoustic), and my latest baby, Epiphone (acoustic). Currently, I am still learning guitar, and to explore new love in music, I take piano lesson and also drum lesson :) Much love!


        Nak kenal lebih dekat klik page facebook Najwalatif.




        Suara dia ni boleh tahan telinga la nak dengar. Lemak manis.... Boleh jual la... Tak percaya?
        Dengar sendiri kat youtube najwa595 .
        *if u all perasan la kan dia suka nyanyi lagu cover kat dalam kereta*






        Dia pun de cipta satu lagu sendiri. Carta Hati tajuknya, bukan Carta Era erk... tehehehe









        ENJOY!


        14 January 2011

        Lagu Baru untuk Album Baru


        Rasa seronok dapat hasilkan lagu baru untuk penerbitan album baru. Tema untuk album tu tengah difikirkan. Wokey, ni bukan angan angan Mat Jenin so lupakan sahaja pasal lagu baru tu and album baru. Memang takkan ada album lagu baru tu, yang ada hanya album gambar baru.



        Photo album lama yang tersimpan seribu kenangan


        Setelah beberapa hari cuba siapkan puisi baru ni akhirnya siap malam tadi. Lama betol. Baru puisinya belum melodinya. Melodi untuk puisi ni memang lamalah nak siap sebab still tak pandai main alat muzik. 


        Puisi baru ni masih tak de tajuknya lagi. Hope U all dapat bagi cadangan untuk tajuk puisi ni and komen apa yang patut untuk saya perbaikinya. Arigatou ~



        Ku mencari Ku berfikir
        Apakah salahku
        Hingga sanggup kau duakan aku
        Tiada kusangka teganya dirimu
        Menghancurkan kesetiaanku


        Tak kufahami Tak kumengerti
        Apa yang kau mahu
        Berulang kali kau dustai aku
        Merobohkan semua impian bersama
        Yang dibina bertahun lamanya


        Usah kau pujuk Usah kau rayu
        Pada hati luka
        Biarkan masa melenyapkan kecewa
        Menyapu semua kenangan kita





        13 January 2011

        Cobalah untuk SETIA


        Buat pertama kali curang dan buat pertama kali juga saya dapat pengajaran yang sangat bererti. Amik tisu jap lap air mata. Menaip sambil nanges teresak-esak. Cheh, drama je lebih. tehehehe... menangis dalam hati.


        Memang rasa sangat teruk ditinggalkan. Dari semalam dah rasa tak sedap hati sebab cuba untuk berpaling arah dan mencari yang lain. Aduhai... Camne boleh terlupa tentang perjanjian antara KAMI.


        Tetiba buka akaun Nuffnag pagi tengok tengok status membership telah bertukar. Dari glitterati (exclusive) ke ordinary (non-exclusive).




        Memang rasa nak menangis meraung-raung cam budak kecik kena cubit. Tahan tahan, tahan ke'macho'an. Tak boleh nanges.


        Patutlah seharian tak de iklan nuffnag kat blog semalam. Rupanya nuffnag tak suka kecurangan. Waaa....

        Pengajaran yang sangat bereti .



        Kenapa nuffnag tarik balik status membership saya? Sebab ada iklan dari syarikat lain. Itu lah akibat curang.


        Mungkin masih ada yang tak tahu tentang glitterati ni. Glitterati ni lebih banyak benefit compare to ordinary membership. Tak perlu nak susah susah apply pun. Status membership akan automatik tukar if blog kita penuhi syarat tu. No iklan iklan from another company.



        Nak sambung nanges dalam bilik sambil tutup kepala dengan bantal and hentak hentak tangan kat tilam sebab  curang pada nuffnag. Hukhukhuk






         

        Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_