Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

03 January 2011

NO plastic bag please!



Ada yang mula tidak suka membeli barang pada hari Sabtu disebabkan terpaksa membayar 20sen untuk setiap beg plastik. Ada juga yang tak kesah langsung pasal hal itu. Mereka cukup wang untuk membayarnya. Sanggup keluarkan wang hanya semata-mata mahu beg plastik. Ok, saya tau U all kaya. Tapi sikap inilah yang sebenarnya merosakkan alam sekitar dan kesihatan diri sendiri.


Tahukah anda, 
bahan plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus
jika ditanam 
dan jika dibakar ia memberikan impak yang lebih besar 
kepada alam sekeliling termasuk manusia. 



Beg plastik mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai sebatian organik Bis(2-ethylhexyl)phthalate atau lebih dikenali sebagai DEHP atau phthalates (disebut THA-lates), satu bahan yang akan membuatkan bahan plastik menjadi lembut dan mudah dilentur. Penyelidik di Universiti Harvard pada tahun 2002 berjaya membuat penemuan baru mengenai kesan kimia phthalates yang mampu merosakkan DNA sperma manusia. ( sumber : Utusan Malaysia Online )



Setiap rakyat Malaysia menghasilkan 0.8kg sampah setiap hari. Tak percaya? Klik di sini untuk melihat artikel asal. Sebahagian besar daripada jumlah itu merupakan beg plastik.
Secara purata di Malaysia, seorang individu menggunakan hampir lapan beg plastik seminggu dan ada di antara mereka membuang beg plastik berkenaan selepas hanya dipakai sekali.
Ada kajian yang menunjukkan statistik rakyat Malaysia membuang plastik yang sebenarnya boleh diguna semula bernilai kira-kira RM163 juta. Ianya satu jumlah yang besar. Pembaziran..... RM163 juta itu sebenarnya boleh digunakan untuk tujuan pendidikan dan kesihatan.



Sehingga sekarang, kita masih belum mampu menetapkan peraturan ketat seperti dilakukan oleh beberapa negara Eropah yang mewajibkan pengguna membawa beg sendiri atau dikenali sebagai Green Bag sebagai ganti beg plastik ketika membeli-belah. Gaya hidup barat yang ini sepatutnya menjadi ikutan.
Sampai bila kita mahu sedar akan kepentingan kempen Hari Tanpa Beg Plastik (HTBP). Tak perlu nak tunggu hari Sabtu baru nak amalkan kurangkan penggunaan beg plastik. Hari hari pun Hari Tanpa Beg Plastik. Adalah lebih baik jika penggunaan beg plastik ditukarkan kepada penggunaan beg kertas. Di Jepun contohnya, penggunaan beg kertas bukan sesuatu yang luar biasa.


Lepas ni boleh la kita sama sama cuba kurangkan penggunaan beg plastik setiap hari. Mulakan dengan tidak menggunakan beg plastik jika hanya membeli satu dua barang. Seterusnya cuba amalkan sikap sentiasa bawa beg sendiri (Green Bag) bila mahu memborong barang yang banyak. Insya'Allah tabiat itu akan jadi kebiasaan dan kita tak perlu lagi guna beg plastik. Say no to plastic bag demi kesihatan diri dan kesejahteraan alam sekitar.


" Renung renungkan dan Selamat beramal "


2 comments :

  1. kak ina pun bw handbang besar ari sabtu...senang nk simpan brg belanja...hehehe

    ReplyDelete
  2. dengan teknologi sekarang bahan yang kita pandang enteng seperti biji jagung,hampas tebu, sekam padi boleh kita gantikan plastik beg . Pembungkusan terbiodegrasi adalah adalah satu cara untuk mengantikan plastik. Ingin tahu lebih lanjut . klik sini

    http://www.return2green.com.my/

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_