Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

26 January 2011

Apam Coklat Lembap yang sedap



Tajuk entri yang memuji diri sendiri. Ekekeke.... Masuk lif tekan sendiri melonjak naik terus ke tingkat paling atas...
Kutu rajin mula hinggap kat kepala pulak. Tetiba rajin nak buat apam coklat lembap. Rasa teringin nak buat lepas buka entri Cik Emy.

Resepi Cik Emy tak sama cam saya. Saya ni suka ubah ubah resepi. Nak yang lebih mabeles la katakan... Nasib baik cubaan menjadi and meletop gitu. Mama pun kata apam ni sesuai dimakan oleh embah sebab tak terlalu manis, rasa coklat yang sedap. Rasa cam nak tersenyum lebar sampai ke telinga. *cover cover*





Apam coklat ni memang lembap.
Tak kering kat tekak bila ditelan.




Bahan-bahannya:

  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan serbuk koko
  3. 1 sudu kecil soda bikarbonat
  4. 5 biji telur
  5. 1/2 cawan gula halus (gula yang dikisar)
  6. 1 sudu kecil esen vanila
  7. 1 cawan susu pekat
  8. 1 cawan air panas
  9. 1/2 cawan minyak masak (minyak yang jadikan apam tu lembap)

Cara-caranya :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Ayak sekali tepung gandum, serbuk koko and soda bikarbonat.
  3. Bancuh susu pekat dengan air panas.
  4. Pukul telur dan gula halus sehingga kembang.
  5. Masukkan esen vanila, bancuhan susu, dan minyak. Gaul sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.
  7. Sapu sedikit minyak masak pada loyang dan tuang bancuhan apam ke dalamnya.
  8. Kukus selama 10 minit. Setting masa betol betol. Permukaan apam tak berapa cantik jika terlalu lama.



 Bancuhan apam sebelum kukus.
Tidak terlalu cair tidak terlalu pekat.
Sedang sedang saja.
^_^



SELAMAT MENCUBA!



10 comments :

  1. tetiba jer rasa lapar plak..huhu

    ReplyDelete
  2. vavavava boleh cube nih, terus dah kecuq air liuq dah nih tengok kek tuh huhuhu

    ReplyDelete
  3. memang sedapla kalau yg lembab ni he...embah dah sihat ke?

    ReplyDelete
  4. @ cik emymilia
    tak yah malu malu, amek je kat situ. tehehe...

    @pak long
    segan lorh mau jual. budak baru belajar.

    @tenang sudey
    thanx! memang best. cuba la buat.

    @hans
    memang sedap *ayat puji diri sendiri lagi* ~ tehehehe

    @life kami
    hehehehe

    @mappiau
    kak cuba jangan tak cuba....

    @nurul
    rasalah... hehehe

    @tengkorakemas
    embah masih kat hospital selayang.

    ReplyDelete
  5. bak buatkan...nanti pos kat umh gua..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_