Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

23 January 2011

Care or Love ? I don't care !


Cerita ini bukannya nak mengungkit tapi hanya untuk membangkit semula erti sebuah persahabatan . Manusia memang mudah lupa. Lupa pada insan yang setia temani dia susah senang, lupa pada saat kesusahannya, lupa pada dosa masa lalu ....


Kali ni dia benar benar telah guris hati saya . He not my friend anymore.
Rasanya lebih teruk dari saya clash dulu.


Saya bagai dah tak penting langsung dalam hidup dia. Saya tahu awak dah berjaya. Dah ada kerjaya and masa depan. Dah tak cam dulu. Sebab tu awak dah tak perlu saya. Saya ni hanya masa lalu awak.


Saya masa lalu awak ketika awak masih belajar. Perlu teman untuk belajar, teman untuk berkongsi suka duka.


Saya masa lalu awak ketika awak sedang sakit. Perlu teman untuk awak terus sehat. Saya sanggup buang tiket bus ke klang hanya kerana mau lawat awak di KL. Sanggup langkan masa untuk buat awak hepi biar pun masa untuk saya Study terhad .

Banyak masa saya bagi kat awak. Tapi saya tak kesah kerana awak sahabat saya, kawan suka duka.


Awak nampak sangat gemok lepas sakit tu. Awak kata tak de sesiapa nak kawan dengan awak. Saya datang jadi kawan awak walaupun awak telah sakitkan hati saya masa tu. Saya tak kesah sebab awak sahabat saya. Awak sahaja laki yang rapat dengan saya bukan kerana kecantikan fizikal yang memang tak de pada saya. *ni terlebih drama*


Sekarang awak bukan lagi sahabat saya. Awak dah tak pernah nak dengar bila saya mula bercerita. Awak selalu tunjuk depan kawan kawan awak yang saya ni tak penting langsung. Saya hanya masa lalu awak.
Awak bukan lagi laki yang saya kenal 6 tahun lalu.


Adakah semua ni berlaku disebabkan rasa cinta yang pernah wujud antara kita? Sedih rasanya bila persahabatan yang lama terjalin boleh musnah hanya kerana bisikan cinta palsumu itu. *amik tisu jap lap peluh*


Saya rasa awak ni kejam. Sebab tu saya buang awak dari friend lists FB. I'm sowie...
Lebih saya tak tahu langsung apa yang jadi pada awak. Saya tak nak tau langsung sama ada awak sakit or gagal. Lagipun awak dah ramai kawan perempuan yang nak bagi dorongan kat awak. Saya kunci keputusan ni. MUKTAMAD !


Bila orang tanya kat saya sama ada saya sayang ( care ) or cinta ( LOVE ) kat awak. Dengan selamba saya akan jawab I don't care about his anymore. Lantak pi la nak jadi apa kat hang . ~ sabar je la...




Tak usah lagi pandang ke belakang.
Perlu terus maju ke hadapan.




8 comments :

  1. chaiyokkk!

    kakak boleh.
    hidup mesti diteruskann.
    :)

    ReplyDelete
  2. saya pun lalui benda yang sama..kan best kalo saya pun boleh nekad cam awak :-(

    ReplyDelete
  3. faham sangat perasaan ni. hm bnyk2kn bersabar..

    ReplyDelete
  4. sabar bebanyak tau ^^
    chaiyok!!!

    recent post : |lubang hidung???|

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_