Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

31 August 2010

The FIRST


Kali pertama saya pandai cakap masa umo 5tahun. So suprising. Masa kecik my parents ingat saya ni bisu, coz tak boleh bercakap even dah diajar. Hanya boleh bunyi cam org bisu tu je. Nak ape2 hanya tunjuk2 n wat mimik muke jerk. Sadish betol.. Saya hanya mampu b'pk n berkata2 dalam ati jerk. T_T
My parents pernah bawa saya g jumpe doktor sbb masalah tu. Tapi doktor cakap saya kanak2 normal, tak bisu. ^_^

Pertama kali mengenal sekolah sewaktu umo 6tahun. Tu la pertama kali jejakkan kaki ke sekolah *Pra-Sekolah*. Masa tu sume kawan2 petah bercakap. Saya hanya mampu diam jerk. Yela, baru setahun jagung pandai bercakap. I'm still at da same skool.. dari 6tahun sampai la darjah6

Pertama kali periksa, saya dah bleh dpt top3 dlm kelas... Bagus kan... dulu la bagus. Skung dh kureng ckit... hehehe..

Basikal pertama saya warna biru *my fav color masa tu*. Basikal tu hadiah sempena dapat ranking top3 masa darjah3. Excited gilos masa tu... Yela, kenderaan pertama la katakan. Makin panjang la langkah saya...
Lepas je dapat basikal terus je pujuk abah nak g sekolah naik basikal. Tak nak nyusahkan abah la kononnya... Sejak tu saya dah mula berdikari. Tak perlu abah nak anta g sekolah. Banyak betol kenangan bersama basikal pertama tu. *Simpan dulu citer. tu I will story about dat pada next entri*

Pada 1996, saya telah dilantik sebagai pengawas sekolah. Pertama kali dapat pakai baju sekolah selain warna putih. siap pakai kemeja n skirt labuh lagi... suke2.... bergaya ~ lalalaa...

Pada 1998, saya telah memecah rekod famili. Saya merupakan orang pertama yang dapat full UPSR. 5A lagi... Besh angat masa tu. Tapi skung saya dah tak rajin macam dulu. Kekuatan tu dah semakin menghilang. huk3..
Pastu dapat masuk asrama. I'm still da first yang dapat panggilan ke asrama, n followed by my elder brother.
Time tu la saat2 kegemilangan saya. Pasti akan jadi tumpuan bila saya balik kampung... Ramai parents temuramah saya n anak2 mereka contohi saya... malunya saya bila teringat time tu, sebab skung saya tak sebagus tu... ~ huh

After 5tahun bertapa kat sekolah agama tu, saya dapat sambung di johor. Dapat civil engineering. Saya jadi orang pertama antara sepupu2 yang amik kos tu. Bidang yang saya amik selalu diperbahaskan oleh makcik n pakcik saya.
' Kenapa kakak ambil kos tu. Tak sesuai untuk perempuan. Kerjanya lasak n sibuk. Kan lebih baik jadi cikgu je '
Wah, berapi telinga den mendengarnya. Napela pemikiran mereka begitu sempit. Asal perempuan je cikgu.isk
Biarla apa mereka nak kata asal saya tau setakat mana kemampuan saya. 


~ dats all... daaa... c u all next entri  ^_^

29 August 2010

Cerita berbangkit >>> lelaki misteri

Di suatu pagi yang tak berapa nak pagi la, ada suatu perbualan yang membangkitkan semula cerita lelaki misteri (gelaran tuk orang yang tak boleh nak dinyatakan siapa dia. biarla menjadi rahsia saya).

Me : ' Mama ingat lagi tak lelaki misteri yang kol kakak lepas Form5 dulu. Dia yang nak datang rumah sebab nak kenal rumah n famili '
Mama : 'Ingat, kenapa?'
Me : 'Ma tau tak sape die?'
Mama diam
Me : "Dia la ***** yang kawen ngan ****** tu '
Mama terkejut.
Terus saya memulakan cerita yang saya memang rapat sangat ngan lelaki tu.
*Baru nak buka cerita. Dulu tak mo cerita. Rahsiala sangat. huhuhu*

*****************************
Sejak sekolah saya memang rapat ngan dia. Masa diploma dulu pun dia de kontek lagi. Jap kol, jap msg. Tapi masa tu saya baru nak mulakan langkah di menara gading. Saya tak de la layan sangat. Busy ngan kuliah n assignment. After a few month, dia senyap. Tup,tup dengar dia dah jumpa soulmate. ~ huh, melepas. Mula2 kecewa la gak, tapi dah tak de jodoh. So relax je la.... Belum masa nak pk pasal rumahtangga nih.
*****************************

Mama : 'Melepas la kakak'
Me : 'Mama la yang tak bagi dia datang' *bunyi cam ada sekelumit penyesalan*
Mama : 'Masa tu kakak masih belajar. Kalau kakak kawen ngan dia, tak dapat kakak nak sambung belajar lagi. Asyik sibuk ngan anak je.'
Me : 'Ala ma. Dah bukan jodoh kakak. Tu yang tak terbuka hati tu'



*Lelaki misteri tu masih ingat lagi ke? Apapun, yang lepas biarlah lepas. 
Sekarang dia dah bahagia bersama isterinya n anaknya. 
N saya masih mencari2 sinar kebahagian itu. ~ akan tiba*

~ Happy Family ~

25 August 2010

Biarku Sendiri

Dah lama saya tak berkarya... Sekarang ni dah susah sikit nak keluarkan idea... otak dah membeku.... cam ais batu... (*-*)
Entri ni pun bukan karya terbaru saya. Tapi karya simpanan... Saja kuarkan... Mana lah tahu boleh jadikan ilham tuk hasilkan karya baru...hehehehe... lebih baik publish daripada disimpan dalam laptop jadi jeruk... masam... paling tidak you all yang membaca boleh komen, and saya boleh improve myself... ^_^




Biarku Sendiri


Jauh sudah, kau diperjalanan 
Kasih perasaan menghimpit diri 
Kian terasa bagai duri sembilunya menusuk 
Demi cinta yang sering terluka 
Bagai kau tetap hadir di sini 
Pahit derita, kurasa terseksa 
Kupasti hindarimu walau kau jejaki diriku 

Haruskah aku lupakan, hatiku yang terluka 
Mengapa bayanganmu menggamitku kembali 
Haruskah aku maafi, setelah hati terluka 
Mengapa bayanganmu menggamitku kembali 

Biarku sendiri, mengharungi sisa hidupku 
Biarku sendiri, bersama hati terluka 

Moga kelukaan ini akan terkubur selamanya




BANCI Penduduk dan Perumahan 2010

hai angpa sume... pe habaq...??? dah lama che' tak berblog... al-maklumla, busy ngan banci penduduk 2010... busy sgt la kekononnya... n lagi 1sebab tak de entri baru adalah, saya dah kekeringan idea... terasa tangan ni nak menaip blog... tapi akal n fikiran tak mampu nak berpk... asyik pk pasai banci penduduk je... lagi2 memikirkan orang yang sentiasa tak de kat rumah je... even saya dah tinggal notis, masih tak bagi respon... bukan sekali je saya lekat notis kat rumah dia, tapi berkali2... * haiseh,,,sabaq je la...* manela g tanggungjawab dia sebagai penduduk Malaysia... Saya tau dia tu sibuk keje.... tapi tolongla faham kami pembanci yang perlu melaksanakan tugas kami demi negara... eceh, cam besar sangat je misi ni... hish, memangla besar... banci ni perlu untuk negara... negara nak kira bilangan penduduk n tengok pola ekonomi penduduk setempat... semua maklumat ni digunakan untuk membangunkan ekonomi negara... bukan suka suki je nak tanya macam2...

selalunyakan orang mesti akan gelak bila saya tanya macam2... mereka akan kata; " ai, tu pun nak tau ke ". dengan penuh kenyakinan saya menjawab; " mestila kene tau, semua maklumat ni diperlukan untuk mengetahui sejauh mana kepekaan penduduk Malaysia terhadap teknologi n bagaimana ekonomi penduduk setempat. maklumat2 ni juga akan digunakan untuk membangunkan kawasan setempat untuk mengurangkan kadar perpindahan pemuda kampung ke bandar ". saya menjawab tapi sebarang keraguan. tapi lepas jawab, berkerut dahi pk balik... betoi ke ape aku cakap tadi... taram saje la labu... yang penting de gak point yang betoi... *wink2*

Sonok dapat pengalaman jadi pembanci ni... cuma yang tak sonoknya, penyelia kumpulan saya la... Saya rasa sangant tidak selesa bila nak berkomunikasi ngan dia... mungkin sebab dia GK kot... *st0p! tu je... tak boleh lebih2, ~

Pe yang besh sangat jadi pembanci ;
1.  Kenalan semakin bertambah even mereka sume tak kenai nama saya... at least mereka still cam saya.... mana2 saya g mesti de yang tegur... hehehehe.. terasa cam artis sekejap... tapi juz popular di kalangan orang2 kat area Sg Terap, Sg. Yu, Taman Bayu, n Kg. Bagan Pasir Penambang je la... ^_^
2.  Mengenal kawasan... Dapat ronda2 n kenai2 jalan kat kampung... Kalo nak g ronda saja2 memang takkanla.... pertama kali saya menjejakkan kaki di Kg. Bagan Pasir Penambang... kawasan penduduk cina... mula2 tatotla gak... tapi lama besh la plak... dapat tengok laut n belajar bahasa cina Hokkien... tau gak la sikit2... orang cakap tu bleh la paham sikit... sikit je... hehehehe... tapi nak cakap balik berbelit lidah... kene lebih praktis dulu nih...
3.  Menambah skil dalam komunikasi ngan orang... Lain orang lain pesennya... kenela pandai sesuaikan diri...
4.  Tambah skil dalam menjawab pertanyaan orang... kene pandai explain... sib baik la skil saya yang ni bagus sikit... Menjawab penuh nyakin even kadang agak2 tak berapa sure dengan jawab... tapi yang penting orang paham tentang banci ni... Kalau tidak, semua tak mo bagi kerjasama... huhuhu...
5.  Meningkatkan kenyakinan diri... persediaan awal tuk kerja yang lebih mencabar...
6.  Pengalaman yang terakhir ni aku tak berapa nak suko... pengalaman ditemuramah orang... saya g rumah dia tuk temuramah dapatkan maklumat banci, tapi balik2 dia plak g temuramah saya... g gara2 terlebih ramahla ni... de satu soalan cepuk emas yang selalunya mengambil masa tuk saya menjawab ~ " berapa umo " " bila lagi nak kawin, anak saya dah de anak ". N statement yang wat saya rasa panas telinga mendengarnya ~ umo awak ni dah agak lewat ni.... aiseh,,, sabaq je la... pertama kali orang kata camtu



Lega sangat dah selesai tugas sebagai pembanci.... ' kita berjumpa lagi pada 10tahun lagi... ' ni la ayat terakhir yang saya ungkapkan pada orang2 yang saya banci... hehehhe... tu pun kalau saya masih jadi pembanci pada 10tahun lagi.... tak kot... maybe 10tahun lagi, orang datang banci rumah saya n saya akan cakap ; akak dulu pun pembanci cam awak gak... tak pe, awak bg je ID... saya wat online... *berangan sudah*



spesel thanx to sume yang bagi kerjasama ~ i luv my j0b

15 August 2010

TenTanG s0yA

Entri ni ditulis hanya untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang saya baca mengenai soya . Tidak bermaksud untuk mempromosikan air soya buatan mama saya. Tapi kalau u all nak beli boleh je. Sebotol RM3.00... hehehhehe... cam promote gak ni... *wink2* Back to topik utama...



Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan.
Timbul sedikit tanda tanya selepas saya dengar mengenai amalkan minum soya boleh menyebabkan sakit lutut. Kedua-duanya sangatlah bercanggah. Mana satu fakta, mana satu auta....??? Pasti u all boleh bezakan selepas membaca entri ni sampai habis...Tak perlu saya nak tegaskan hakikat sebenarnya.

Kacang ajaib ini telah menjadi bahan tenusu yang baru, iaitu neo-protein untuk diet masakini. Ia juga boleh ditukarkan ke apa – apa jua hidangan yang berasaskan susu, keju, aiskrim, kacang dan juga hamburger!




Mari kita selami kebaikan disebalik kacang soya...


1. FUNGSI MEMORI
Kebaikan ini amat penting bagi mereka yang sedang melalui alam menopaus. Selepas menopaus, kajian menunjukan lebih ramai wanita mengalami penurunan daya memori berikutan kekurangan hormon estrogen. Kajian juga menunjukkan yang soya menguatkan lagi memori berikutan kandungan utama soya ; isoflayones, yang melindung sel saraf daripada tekanan oksida.


2. PENURUNAN BERAT BADAN
Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita. Terdapat banyak sebab ; pertamanya; ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat. Soya juga merupakan sumber protein rendah lemak yang membantu membina kandungan otot. Soya ini boleh diibaratkan seperti makanan diet.


Fiber atau erti kata lain adalah serat dapat mencegah masalah sembelit. Serat ini juga dapat mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Kolesterol dikeluarkan dari badan melalui perkumuhan asid hempedu. Serat larut akan terikat pada asid hempedu dan mengakibatkan kolesterol dikeluarkan dari badan. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan seratnya dikatakan dapat menurunkan paras kolesterol darah. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser (contoh: kanser kolon).
Soya juga dikatakan mempunyai zat-zat yang baik untuk mencegah kanser payudara wanita. Ia boleh menurunkan peningkatan kadar estrogen spesifik dalam darah manusia itu sendiri secara sedikit demi sedikit. Hormon estrogen yang terlalu atau terlampau tinggi didalam darah seseorang wanita mampu menyebabkan munculnya kanser payudara ini kepada mereka.


3. MENETANG RADIKAL
Matahari merupakan salah satu entiti yang sangat berbahaya kepada kulit kita, terutamanya di dalam keadaan cuaca kita yang agak panas. Soya telah dibuktikan mempunyai kandungan antioksida yang boleh membantu menentang radikal ini, kandungan utamanya adalah isoflavounes yang terdapat di dalam protein soya. Dalam erti kata lain, mengamalkan minum soya boleh menjadikan kita awet muda. Kalau tak percaya cubalah!!!

4. PEMBANGKIT TENAGA
Soya merupakan sumber tenaga yang menakjubkan untuk tubuh kita. Kandungan proteinnya menyokong tahap tenaga, stamina dan juga dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang. Ini adalah kerana protein soya kaya dengan asid amino, yang menyokong otot badan dan tulang. Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat tubuh kita akan dapat bertahan dengan keperluan fizikal sehari – hari. Jadi, jika anda rasa tubuh anda tidak bertenaga, minumlah soya untuk kembali bertenaga. Try drink untuk rasai perbezaannya... ^_^










Sumber :
http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=lpg&pg=lpg_articles&ac=106
http://cahayacinta.com/tag/kebaikan-soya

08 August 2010

Cinta yang Kuduga

tetiba pulak terasa cam nak cari lagu-lagu stacy masa tengah keep in data kat laptop... hehehe... manalah keje nak cepat siap kalau asyik layari internet sahaja masa buat kerja... *wink2* memang tak boleh nak elak tabiat ni... (*_*)
best jugak lagu Cinta yang Kuduga ni... ~ layan... ^_^




Walau hatiku pedih
Ku rasa sendiri kepedihan
Kesakitan hati ku menangis
Rintihan jiwa yang terus merana
Walau ku sendirian
Ku renangi lautan yang dalam
Tiada siapa sudi perhatikan
Itu yang ku duga selama ini

Kesakitan cinta yang melanda ku
Menghentikan degupan rindu
Yang hampir bernyawa
Kecewa yang tiada terhingga
Bila mendengar berita kau tak cintaiku
Kini ku fahami erti cintamu
Kau hanya bernyawakan patung dalam dirimu
Kecewa melanda di hati
Mengapa begini yang aku hadapi
Kekasihku





 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_