Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

29 August 2010

Cerita berbangkit >>> lelaki misteri

Di suatu pagi yang tak berapa nak pagi la, ada suatu perbualan yang membangkitkan semula cerita lelaki misteri (gelaran tuk orang yang tak boleh nak dinyatakan siapa dia. biarla menjadi rahsia saya).

Me : ' Mama ingat lagi tak lelaki misteri yang kol kakak lepas Form5 dulu. Dia yang nak datang rumah sebab nak kenal rumah n famili '
Mama : 'Ingat, kenapa?'
Me : 'Ma tau tak sape die?'
Mama diam
Me : "Dia la ***** yang kawen ngan ****** tu '
Mama terkejut.
Terus saya memulakan cerita yang saya memang rapat sangat ngan lelaki tu.
*Baru nak buka cerita. Dulu tak mo cerita. Rahsiala sangat. huhuhu*

*****************************
Sejak sekolah saya memang rapat ngan dia. Masa diploma dulu pun dia de kontek lagi. Jap kol, jap msg. Tapi masa tu saya baru nak mulakan langkah di menara gading. Saya tak de la layan sangat. Busy ngan kuliah n assignment. After a few month, dia senyap. Tup,tup dengar dia dah jumpa soulmate. ~ huh, melepas. Mula2 kecewa la gak, tapi dah tak de jodoh. So relax je la.... Belum masa nak pk pasal rumahtangga nih.
*****************************

Mama : 'Melepas la kakak'
Me : 'Mama la yang tak bagi dia datang' *bunyi cam ada sekelumit penyesalan*
Mama : 'Masa tu kakak masih belajar. Kalau kakak kawen ngan dia, tak dapat kakak nak sambung belajar lagi. Asyik sibuk ngan anak je.'
Me : 'Ala ma. Dah bukan jodoh kakak. Tu yang tak terbuka hati tu'



*Lelaki misteri tu masih ingat lagi ke? Apapun, yang lepas biarlah lepas. 
Sekarang dia dah bahagia bersama isterinya n anaknya. 
N saya masih mencari2 sinar kebahagian itu. ~ akan tiba*

~ Happy Family ~

4 comments :

  1. sudah ditentukan kebahagian masing2..yang terbaik pasti utk yg terbaik.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_