Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan.
Timbul sedikit tanda tanya selepas saya dengar mengenai amalkan minum soya boleh menyebabkan sakit lutut. Kedua-duanya sangatlah bercanggah. Mana satu fakta, mana satu auta....??? Pasti u all boleh bezakan selepas membaca entri ni sampai habis...Tak perlu saya nak tegaskan hakikat sebenarnya.
Kacang ajaib ini telah menjadi bahan tenusu yang baru, iaitu neo-protein untuk diet masakini. Ia juga boleh ditukarkan ke apa – apa jua hidangan yang berasaskan susu, keju, aiskrim, kacang dan juga hamburger!
Mari kita selami kebaikan disebalik kacang soya...
1. FUNGSI MEMORI
Kebaikan ini amat penting bagi mereka yang sedang melalui alam menopaus. Selepas menopaus, kajian menunjukan lebih ramai wanita mengalami penurunan daya memori berikutan kekurangan hormon estrogen. Kajian juga menunjukkan yang soya menguatkan lagi memori berikutan kandungan utama soya ; isoflayones, yang melindung sel saraf daripada tekanan oksida.
2. PENURUNAN BERAT BADAN
Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita. Terdapat banyak sebab ; pertamanya; ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat. Soya juga merupakan sumber protein rendah lemak yang membantu membina kandungan otot. Soya ini boleh diibaratkan seperti makanan diet.
Fiber atau erti kata lain adalah serat dapat mencegah masalah sembelit. Serat ini juga dapat mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Kolesterol dikeluarkan dari badan melalui perkumuhan asid hempedu. Serat larut akan terikat pada asid hempedu dan mengakibatkan kolesterol dikeluarkan dari badan. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan seratnya dikatakan dapat menurunkan paras kolesterol darah. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan beberapa jenis kanser (contoh: kanser kolon).
Soya juga dikatakan mempunyai zat-zat yang baik untuk mencegah kanser payudara wanita. Ia boleh menurunkan peningkatan kadar estrogen spesifik dalam darah manusia itu sendiri secara sedikit demi sedikit. Hormon estrogen yang terlalu atau terlampau tinggi didalam darah seseorang wanita mampu menyebabkan munculnya kanser payudara ini kepada mereka.
3. MENETANG RADIKAL
Matahari merupakan salah satu entiti yang sangat berbahaya kepada kulit kita, terutamanya di dalam keadaan cuaca kita yang agak panas. Soya telah dibuktikan mempunyai kandungan antioksida yang boleh membantu menentang radikal ini, kandungan utamanya adalah isoflavounes yang terdapat di dalam protein soya. Dalam erti kata lain, mengamalkan minum soya boleh menjadikan kita awet muda. Kalau tak percaya cubalah!!!
Soya merupakan sumber tenaga yang menakjubkan untuk tubuh kita. Kandungan proteinnya menyokong tahap tenaga, stamina dan juga dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang. Ini adalah kerana protein soya kaya dengan asid amino, yang menyokong otot badan dan tulang. Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat tubuh kita akan dapat bertahan dengan keperluan fizikal sehari – hari. Jadi, jika anda rasa tubuh anda tidak bertenaga, minumlah soya untuk kembali bertenaga. Try drink untuk rasai perbezaannya... ^_^
Sumber :
http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=lpg&pg=lpg_articles&ac=106
http://cahayacinta.com/tag/kebaikan-soya
mulanya aku dah tak nak bukak sebab takut nanti ada gambar-gambar yang buat aku terliur.nasib baik takde.good info!
ReplyDeleterazi ~ hahahha... aku pun xbleh nk letak gmbr lebih2... nnt aku sendiri terliur... ^_^
ReplyDeletehoohoo.. tu minuman kgmaran saya..heee.. minum ni juga blh cegah diri kita dari terkena kanser barah payudara.. :)
ReplyDeleteI like soya. suka V-Soy. Pekat sikit. Minum soya juga mengenyangkan. Kalau masa pregnant, selalu minum soya, nanti anak yang dilahirkan berkulit putih.
ReplyDeletelama juga tak melawat blog ni! makin interesting
ReplyDeletehehehe... thanx SPB
ReplyDelete