Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

12 May 2011

KFC bakal tutup kerana RFC ???



RFC dan KFC, apa beza dua dua ni??? Firstly konpem la huruf yang kat depan tu. R dengan K tu kan beza. Memang soalan nak rasa kasut saiz 16. Hee.... Besarnya kaki dia...


Perbezaan huruf tu perbezaan yang jelas, nyata, dan terang. Ni ada lagi perbezaan yang tersembunyi. Perlu cangkul untuk tahu. Hee... Pembetulan, perlu rasa dan makan dulu untuk tahu. ^_^


Pertama kali saya p makan kat RFC, atau nama panjangnya Radix Fried Chicken. Masa tu saya keluar dengan kawan universiti saya (Hafsah) dan dua orang adiknya (linda dan lina). Nama linda dan lina cam nama kembar pulak. Macam je... Tapi mereka bukan kembar pun.


Semangat saya nak p makan kat sana. Excited gitu. Al-maklumlah... buatan Malaysia.... Semangatlah nak tau kebagusannya.


Masuk RFC tu dah macam masuk KFC je nengoknya. Susunaturnya semua lebih kurang.

Memang terasa duk kat kaunter KFC je. 


Makanan yang kami order dah siap disusun atas meja. Hee... Semata-mata nak amek gambar.

1 set nasi tomato
1 set 2ketul ayam
1 set 3ketul ayam
1 set chicken chop
Tengok list makanan yang kami order, ada macam KFC tak? Hee.... Nasi tomato tu memang tak de kat KFC, de kat RFC je. ^_^



Seperti biasa, posing dulu depan kamera.
Sanggup tu tahan lapar semata-mata nak posing dengan makanan yang banyak.
Hehehe....
Baju pink tu Hafsah, bakal nikah minggu depan. Baju hitam tu pulak adiknya, Lina.



Yeah! Masa untuk makan.....
Semangat orang sebelah nak makan chicken chop. Hee...
*Gelapnya muka saya masa ni. Gara-gara berpanas kat tapak pembinaa la ni.*



Blurppp ~ Sendawa bau ayam. Euw... tak se-no-oh betol la anak dara ni. Hee...



Dah kenyang makan ayam goreng segala. Alhamdulillah.....
Sekarang saya nak komen pulak. Bajet pengkritik makanan profesional. hoho...

  1. AIR. Memang sedap! Sedap sebab saya pilih minuman bergas perasa apple. Minuman bergas ni keluaran Radix sendiri, bukan keluaran pepsi, coca cola, atau 7up.
  2. COSLOW. Hampir serupa dengan KFC. Boleh layan.
  3. WHIPPED POTATO. Sekali rasa cam ada campuran susu. Dua kali rasa cam ada campuran mentega. Rasa minyak sapi gitu. Tiga kali dah tak nak rasa dah! Loya tekak eden... Kena ubahsuai menu ni bagi serasi dengan tekak orang ramai.
  4. BUN. Kering rasa kat tekak...... Terasa cubitan roti tu bergeser dengan anak tekak. Hyper tau dia ni. Hee... 
  5. FRIED CHICKEN. Tepung ayam goreng RFC ni adunan campuran beberapa herba. Adunan tepung ini dibuat sendiri, bukan menggunakan mana-mana tepung ayam segera. Menarik kan? Rakyat Malaysia mampu buat adunan tepung untuk ayam goreng. Tapi, masalahnya...... Cara ayam tu digoreng kurang memuaskan. Ayam goreng rasa cam terlalu lama digoreng. Keras dan kering. Sedih je kan? Adunan tepung dah bagus, sekali skill menggoreng tak betol. Sayang Sayang. Sambil geleng-gelengkan kepala.....
  6. CHILI SAUCE . Sos cili yang disediakan juga keluaran Radix. Bagus betol mereka ni. Menggunakan barangan keluaran sendiri. 
  7. POTATO WEDGES. Sebijik sejiban cam KFC. Cuma rasanya sahaja yang lain. Hee...
 Abaikan tangan saya yang gelap gara-gara kerja di tapak pembinaan.


Semua komen dan kritikan yang saya berikan tu bukannya nak kondem RFC, tapi ingin membantu RFC terus memperbaiki kualiti makanan mereka supaya mampu seiringan dengan KFC. Bajet manager RFC tu nak baca blog picisan ni. T_T

23 comments :

  1. Baru semalam makan kat silibin, Ipoh....x sesedap macam makan kt alor setaq dulu....huhu. dan pekerja kurang cekap....byk kena perbaiki

    ReplyDelete
  2. haha.. org dah makan.. xsedap xsedap.. Haha

    ReplyDelete
  3. laaaa.....kak besah rupenyer....baru jerk jumpe aritu....

    *selamat pengantin baru je la den ucapkn...kenduri maybe x g kot..kat KL time tuh....

    ReplyDelete
  4. time stadi kat sg petani.. dapat tau ade RFC kat situ.. hehe.. penah gak try..tp diorang kene byk improve la.. ayam tu rasa bese2 je. hehe

    ReplyDelete
  5. tak penah jumpe pon kat kl? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun belum pernah jumpa lagi kat KL. first time makan tu kat Melaka ...

      Delete
  6. Replies
    1. akak cuma tau ada kat Melaka je. First time makan kat sana. Hehehe

      Delete
  7. huwarghhhhhhhhhh nak rasa lah.... T_T

    ReplyDelete
  8. wahh terasa lapar jap..
    kt cni blum ada lagi rfc.. kalu ada kan best hehee

    ReplyDelete
  9. hehe RFC tu dekat ja dgn umah mak. tak pernah rasa pun ahaha~.

    eh kejap. sape ea hafsah tu. bakpe macam penah tengok eah. eisk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang Melaka mungkin pernah nampak kawan saya hafsah. hehehe

      Delete
  10. amboi dia mengkritik makanan. HAHA.
    tak pernah rasa lagi laaa

    ReplyDelete
  11. Sedapnyer ayam goreng. Naper ayam RFC rasa kering dan terlalu lama digoreng. Hissshh. Anak2 mama mesti complain kalu ayam yg mama masak kering dan kureng rasanya. Rugilah camtu.

    But now dah ada rahsia, Kat rumah mama goreng ayam perap dgn oyster sauce, garam gula secukup rasa, cili boh, halia tumbuk dan sedikit bwg putih. Goreng mesti guna kuali stainless steel berpenutup bukan kuali pasar malam tu ya. Result dia ayam goreng rangup dan basah. Fuuhhh anak2 suka.

    Errkkk, wana nak jual DSLR dia RM1,500 jer. Berminat ker?

    ReplyDelete
  12. semoga boleh maju rfc ni ameen..hehehe sini xde rfc jugak

    ReplyDelete
  13. tak pernah test lagi sebab tak pernah jumpe ag! =(

    ReplyDelete
  14. nak jugak makan RFC ni nanti. nak rasa sendiri.. semoga semakin maju. heee.. ;)

    ReplyDelete
  15. RFC terbaek!!!!....
    memang KFC dan RFC dari zahir nampak same jer...

    Tp kalau dilihat dari segi Kehalalan dan Organik nya banyan tu.. untuk jaga permakanan kita... RFC pilih yg tepat...

    Encik Amman: memang rasenya macam tu.... sbb Organik....

    dari :Manan Qayyim

    ReplyDelete
  16. saya pernah pegi, yeay yeay,. kat sg. petani la tapi. kikiki, tapi ade lagi la yang bezanya ngan KFC,, tu yang jaga2 kaunter tu, sopan sungguh. rase nak buat calon adik ipar ! hikhik. okayybye

    ReplyDelete
  17. bankrap dah haha

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_