Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

09 May 2011

Nak berjaya dalam hidup perlu ada DUIT

DUIT duit DUIT


Mengharungi hari tanpa duit buat hidup rasa tak sempurna. Setiap perkara perlukan duit. Mau masuk tandas awam pun perlu bayar 30 sen. Haish! Memang duit ni sangat penting lah!

Siapa yang rasa duit ni tak penting? Angkat tangan masuk poket keluarkan duit kamu dan bagi saya. Hehehe... Boleh gak guna untuk topup....


Nak berjaya dalam setiap bidang pun perlu duit gak tau! 

Nak dapatkan lesen memandu, hulur je duit kat wakil JPJ tu. Nak dapat markah tinggi, belikan saja hadiah mahal-mahal untuk pensyarah. Nak dapat undian tinggi dalam mana-mana contest, hulur je duit kat orang ramai suruh undi. Haip! Tak baik buat camtu. RASUAH!


Maksud saya DUIT tu bukannya wang ringgit. Tapi,

Doa
Usaha
Istiqamah
Tawakkal



Mungkin ada yang pernah dengar atau baca pasal ni. Dan, mungkin juga ada yang lupa. Termasuk yang menulis, hampir jugak terlupa pasal ni. Hee.....


Bagi saya DUIT ni penting jika mahu berjaya dalam kehidupan. 
Sentiasa berdoa, berusaha tanpa putus asa, istiqamah dalam setiap perbuatan, dan akhirnya sekali tawakkal pada yang Esa. Insya'Allah kejayaan itu pasti akan datang bila tiba saatnya nanti. SELAMAT MENCUBA!

6 comments :

  1. setuju dgn entry nie..
    DUIT itu penting sbnrnya dalam hidup kita tapi bukan duit yang berbentuk fizikal..

    ReplyDelete
  2. baru nak bangkang..nasib baik DUIT lain...hehe

    ReplyDelete
  3. setuju juga ! :)

    ReplyDelete
  4. hihik..btul2..kurang salah satu xlgkap hdup kta..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_