Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

18 May 2011

LASER WAR ZONE medan peperangan paling menyeronokkan

Hai semua!


Hati berkobar-kobar nak cerita pengalaman berperang di LASER WAR ZONE. Jangan tak percaya wajah seayu (ayu la sangat) saya pun mampu pergi berperang. Hehehe...



Laser war zone is the ultimate laser tag challenge. Cabaran laser tag merupakan sebuah permainan yang menyerupai medan peperangan yang sebenar. Cabaran laser tag melibatkan penggunaan hand-held infrared-emitting targeting device. Peralatan ini tidak menyakitkan kerana menggunakan konsep laser untuk menembak.


Bersiap sedia dengan senjata sebelum masuk ke medan peperangan.


Sebelum misi peperangan dimulakan, semua pemain akan diberi sedikit penerangan mengenai permainan dan juga cara penggunaan senjata. So kamu tak perlu la takut takut nak mencuba permainan ini.



Kawasan medan peperangan.



9 sebab kenapa saya kata laser war zone BEST :
  1. Cabaran lasertag di laser war zone merupakan indoor sport yang tak memerlukan anda untuk berjemur di bawah panas matahari. Sudah pastinya warna kulit takkan berubah.
  2. Cabaran lasertag merupakan game seumpama paintball tapi tidak mengotorkan baju. Baju kamu akan kekal cantik seperti sebelum kamu bermain.
  3. Badan tak rasa sakit sakit sebab hanya ditembak menggunakan cahaya atau dikenali sebagai laser. Balik rumah masih boleh tersenyum riang.
  4. Kamu akan dapat alami sendiri pertempuran di medan peperangan. Di dalam cabaran laser tag ni kamu perlu mengatur strategi dengan baik bagi memastikan kamu memperolehi mata yang banyak.
  5. Cabaran lasertag sesuai untuk semua peringkat umur. Hanya ibu mengandung sahaja yang tidak dibenarkan main.
  6. Laser War Zone ada menyediakan pelbagai kemudahan seperti loker berkunci untuk menyimpan barang-barang berharga, cctv untuk keselamatan dan juga toilet.
  7. Sambutan-sambutan hari penting seperti hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan, atau apa-apa sahaja acara boleh diadakan di sini. Makanan dan minuman akan disediakan. Penggunaan private room juga disediakan.
  8. Permainan di laser war zone dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan juga kekeluargaan.
  9. Harga yang ditawarkan berbaloi-baloi.
Mission price for non-members RM 18, members RM 15, and students RM 12.
Price for battle tag party is RM 40 for 2 missions (minimum 15 pax)
Prive for battle tag extended is RM 50 for 3 mission (minimum 15 pax)




Jika berminat anda boleh datang terus ke Laser War Zone di I-City atau hubungi di talian 03-355218775.


Lokasi :
Unit K-14-1,
Jalan Multimedia 7/AH, citipark,
I-City,
40000 Shah Alam,
Selangor.



Selain itu, kamu juga boleh membuat tempahan secara online di www.laserzone.com



    Semasa di Laser Wat Zone, pengacara segmen bersama Aizuddin bersama jurukameranya sempat merakamkan detik pengalaman kami di sana. Nantikan kemunculan videonya. Baik punya..... ^_^

    Antara scene yang dirakamkan.



    Antara mereka yang terlibat.
    Semuanya masih mampu posing walaupun dah 4 mission kami main.
    Ternyata cabaran lasertag di Laser War Zone ini memang menyeronokkan.



    BEST SANGAT!!!




    Tawaran hebat untuk non-members. Diskaun RM 5 untuk satu pertempuran. Tawaran sah sehingga 27 May 2011. So apa tunggu lagi??? Telefonlah rakan-rakan atau ahli keluarga. Ajak mereka ke LASER WAR ZONE.

    Jom ramai-ramai serbu Laser War Zone di I-City Shah Alam.



    Operating Hours :
    1.00PM to 12AM (Weekdays)
    10.00AM to 1.00AM (Weekend)





    Photographers :  Nur Elyani dan Eazy Izzuddin





    10 comments :

    1. ehhh..eh..ade nama titeww lahhhh..hikhikhik..:D

      ReplyDelete
    2. uishh.. lebih kurg mcm paintball jugak eh?
      tp ni nmpk sgt cool.. heheh..

      ReplyDelete
    3. tak pernah main lasertag...main paintball pernah la...

      waaa..keluar bersama #retis2

      ReplyDelete
    4. uissshh... best3.!
      kt ipoh belum smpai lg kot bnde ni..

      ReplyDelete
    5. @Solihin Zubir lebih kurang paintball but lasertag lebih fun and cool....

      ReplyDelete
    6. wah mcm best je kan..dah tgk kat akmalhilmi..hehe..

      ReplyDelete
    7. argh rugi last minit cancel
      even paintball pon best bg ery, apatah lg laser, tak sakit
      hahahaha

      ReplyDelete
    8. aiiiikk..dah tu macam mana kalau tak kena tembakk.. macamane macamane . tak advanture lah. tak best. hahaha

      ReplyDelete

    TERIMA KASIH !



     

    Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_