Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

22 May 2011

Mereka sudah jatuh cinta dengan Kuala Selangor

Sangat bangga jadi anak jati Kuala Selangor walaupun Kuala Selangor bukanlah seperti bandar Klang atau Kuala Lumpur. 


Kenapa saya bangga jadi anak jati Kuala Selangor? 
Sebab Kuala Selangor best! Ada macam-macam yang menarik.

Kuala Selangor banyak tempat sejarah. Boleh dikatakan seperti Melaka jugak la. Tempat sejarah yang selalu jadi tumpuan pelancong adalah Bukit Melawati. Haip! Jangan ingat lotong (lotong wokey, bukan lontong) je ada kat sini. Asal sebut bukit melawati je orang mesti akan cakap "oh, bukit yang banyak lotong tu". lol


Lotong tu memanglah salah satu daya tarikan Bukit Melawati ni. Tapi bukan lotong tu je yang ada kat Bukit Melawati. Ada macam-macam lagi.



Salah satunya rumah api di puncak Bukit Melawati.


Tengok betapa ramai pengunjung yang suka datang ke Bukit Melawati ni.
Pengunjung terdiri daripada penduduk tempatan dan juga pelancong asing.



 Selain itu, ada abang encem.... Hehehe

Abang encem yang ada depan Muzium Permainan Tradisional


Kita boleh dapat macam-macam maklumat tentang permainan tradisional jika kita masuk ke dalam Muzium Permainan Tradisional ni. 

 Pertama kali saya tau kewujudan permainan Rip-Rip Ram ni.
T_T


Saya dan dua orang kawan sempat lagi bermain ting ting di luar Muzium Permainan Tradisional. Tetiba teringat zaman kanak-kanak dulu. Comei sangat gaya kami main ting ting tu. Tak percaya tunggulah kemunculan video dari pengacara popular. Hehehe.... Masuk lif tekan button sendiri terus melonjak ke tingkat paling atas.


Masa untuk beramah mesra.
Pengacara popular ni memang peramah, dengan lotong pun dia ramah jugak.
^_^


Selain itu terdapat juga tempat bersejarah yang lain di Kuala Selangor, seperti ;
  • Makam anak dara yang dahulunya pernah digunakan oleh sesetengah pihak bagi mendapatkan nombor atau membayar niat.
  • Kota Tanjung Keramat yang pernah dikenali sebagi bukit belanda.
  • Batu Hampar yang pernah digunakan sebagai tempat pancung kepala suatu ketika dahulu .
  • Meriam yang pernah digunakan oleh Belanda.
  • Baitulhilal tempat melihat anak bulan.
  • Telaga tujuh yang suatu ketika dahulu pernah digunakan oleh penduduk setempat ketika musim kemarau.
  • Perigi Beracun yang digunakan untuk merendam penderhaka.


Disebabkan Kuala Selangor menjadi tumpuan pelancong, Kuala Selangor menjadi sebuah pekan yang semakin maju. Terdapat Plaza di Kuala Selangor, iaitu Plaza One. Plaza One terletak di belakang Tesco Kuala Selangor. Kuala Selangor juga ada Pizza Hut, mcD, KFC, dan Secret Recipe. 
Dah tiada alasan lagi untuk pergi ke tempat lain. Semuanya ada di Kuala Selangor.


Antara banyak tempat yang kami lawati di Kuala Selangor ni, In Box Karaoke la paling mabeles. Hehehe.... Nampak sangat suka sumbangkan suara yang sumbang.



Bukan saya saja yang kata In Box Karoke di Plaza One ni sangat mabeles. Gadis ni juga!

Menyanyi penuh gaya dia. Hehehe...


" Lebih baik aku pergi karaoke kat sini daripada pergi Kuala Lumpur. Klang ke Kuala Selangor pun tak sampai sejam "

Itulah yang dikatakan oleh gadis Klang.



Saya memuji In Box Karaoke di Plaza One bukan kerana saya anak jati Kuala Selangor, tapi kerana perkhidmatannya. Biliknya besar dan harganya berpatutan. Hanya memerlukan RM20 (weekends price) untuk berkaraoke di bilik standard (bilik paling kecik). Bilik standard ni boleh memuatkan 5-6 orang. Besarkan? Memang berbaloi-baloi berkaraoke di Plaza One ni.


Kepada sesiapa yang masih belum berpeluang melawat Kuala Selangor, boleh la luangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan untuk datang melawat  Kuala Selangor. Tempat yang penuh sejarah dan kehijauan. Pastikan anda bawa orang yang mahir dengan Kuala Selangor. Jika tidak anda pasti tidak tahu tempat-tempat yang patut dilawati. 



SELAMAT DATANG KE KUALA SELANGOR !!!




15 comments :

  1. X pernah begi sana.. Bila nak ajak ?? Kih3..

    ReplyDelete
  2. sape yg datang???? nie yg marah nie

    ReplyDelete
  3. MAKAN ANAK DARA?? Omaigoddd! orang kuala sngor suka makan anak dara..vampire sungguh..

    ReplyDelete
  4. cam real patung tuuuu.
    ingat orang kena celup tepung tadik..hahaha

    ReplyDelete
  5. nyanyi gak ke?belum pernah pergi lagi inbox ni, selalu masuk inbox emel je xD

    ReplyDelete
  6. kat kuala selangor juga ada wayang :") dan juga MUNIRA YANG COMEL. datanglah ke KUALA SELANGOR ! :)

    ReplyDelete
  7. @cik heroin memang best sangat... hehehe

    @hafiz hafizol anytime you free cakap la... boleh plan memolek...

    @forever love lupa dong nak bagi tau... atiq sorry....

    ReplyDelete
  8. sy jugak bangga jd ank kuala
    selangor..

    boleh singgah mai mkn kat aroma ikn bakar populer tu..hihi

    ReplyDelete
  9. @~Kirin Selama Perak~ malu nak ajak retis T_T

    @aslann makam la lann not makan... lalala ~

    @Si Petai poyo ahaha.... tu pakwe yang disumpah jadi patung...

    @tengkorakemas hehehe... nyanyi la jugak... even suara sumbang...

    ReplyDelete
  10. @munira sajuti ada munira yang comel??? #pengsan

    @*Miss Syahnia* tak pernah lagi dapat makan kat aroma ikan bakar tu... tak de budget lagi... teringin jugak nak p cuba... -_-

    ReplyDelete
  11. korg g karok??? ne aci... nak jadi anak jati kuala selangor gak la hhuhu

    ReplyDelete
  12. takpe nanti ada pluang
    p try yea..sedap juga mskanya ;)

    ReplyDelete
  13. nanti, kite makan ea ikan bakar aroma. er aroma ikan bakar. er ape jela. ea, ea? sedap tuu. yum yum

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_