Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

13 July 2011

Secawan teh 9 kebaikan


Minum teh panas di petang hari bersama jemput-jemput memang enak. Lebih-lebih lagi dinikmati bersama ahli keluarga.


Minuman air teh panas bukan sekdar mampu menenangkan minda, tetapi lebih dari itu. Minuman teh ini mempunyai pelbagai khasiat.

  • Teh mampu melambatkan proses penuaan. Berita ini pasti memberikan senyuman seindah suria pada yang mahu kelihatan awet macam saya. Hehehe... Awet muda ke? *terangkat kening sebelah*
  •  Secawan teh sahaja mampu memberikan kebaikan yang menakjubkan. Teh hijau sememangnya kaya dengan antioksida yang mampu melindungi diri daripada penyakit jantung, kanser, dan juga alahan. Satu ujikaji makmal yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik Jepun mendapati teh hijau mengandungi antioksida yang dapat menghalang proses biokimia melibatkan gerak balas alergi
  • Menghirup secawan teh panas setiap hari mampu menjadi perisai kepada sel-sel kanser. Teh didapati boleh menghalang pertumbuhan sel-sel kanser pundi kencing, kanser perut dan kanser esofagus terus berkembang.
  • Minuman teh dapat menghalang arteri tersumbat sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung. Dalam satu kajian menunjukkan, risiko kematian disebabkan serangan jantung akan berkurang sebanyak 44% bagi orang yang minum teh dua cawan teh setiap hari. 
  • Minum teh setiap hari selama bertahun-tahun mampu menguatkan tulang. Mereka yang minum teh setiap hari lebih dari 10 tahun mempunyai ketumpatan mineral dalam tulang belakang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak minum air teh
  • Minumam teh hijau sangat bermanfaat kepada pesakit artritis. Ia mampu mengurangkan keradangan dan juga melambatkan proses kerosakan tulang rawan.
  • Teh boleh merendahkan tahap kolestrol dalam badan. Paras kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL)  menurun sebanyak 10 peratus dikalangan mereka yang minum teh.
  • Minuman teh juga mampu berfungsi sebagai kawalan tekanan darah.
        • Teh juga mampu menjadi minuman diet untuk mereka yang inginkan tubuh yang langsing. Kebaikan di dalam teh hijau mampu membakar kalori dalam badan. Sesiapa yang mau badan slim macam model boleh la amalkan minum teh hijau setiap hari.







          Bicara Hati gadis :
          Teh boleh dikatakan minumam rutin setiap hari. Lebih suka teh yang kurang gula. Keaslian rasa teh lebih dirasai. Nikmat sangat.. ^_^


            Jom kongsi rasa ummph teh di SINI dan menangi iPad 2.




            5 comments :

            1. Hanim...
              kak pun suka..
              tapi.. skrang minum air suam jer..

              seminggu 2 kali kak minum teh hijau

              dik, kak tak reti nak minum teh yang bersusu..
              hanya gula atau tanpa gula jer

              ReplyDelete
            2. ittew suka teh o kurang manis..tapi tak suka teh susu..erkkk...:D

              okbai..

              ReplyDelete
            3. Di satu petang yg damai, aku buat teh...tapi tehnya langsung tak pekat, aku bancuh lagi aku tambah uncang...masih tak pekat mcm teh biasa...

              Sekali teh hijau daa...

              ReplyDelete
            4. Kalo tak minum teh sehari mcm rasa tak sempurna hari itu.

              ReplyDelete

            TERIMA KASIH !



             

            Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_