Jemput-jemput salah satu makanan ringan yang biasa dijamah ketika waktu petang. Duk bersantai depan TV menonton TV Alhijarah sambil makan jemput-jemput dengan keluarga memang sangat syiok. Hee.
Jemput-jemput kali ni saya gunakan roti sebagai bahan utama. Pelik? Pelik tapi sedap. Belum cuba belum tau wokey! Jangan macam budak ni yang belum cuba makan pisang goreng dengan sambal kicap dah kata tak sedap. Hoho...
Bahan-bahan :
- 3 keping roti (tak kesah la roti gardenia ke roti high5, yang penting halal)
- 3 cawan tepung yang telak diayak (malas ayak pun boley)
- 1/2 sudu kecil garam (garam ni secukup rasa kamu la)
- ikan bilis yang telah ditumbuk atau blend
- daun bawang, cili, dan bawang besar.
- 1/2 cawan air suam (tak perlu air terlalu panas. cukup sekadar suam suam kuku)
- 1 biji telur (menambahkan rasa lemak pada jemput-jemput)
- 1 sudu makan minyak panas supaya jemput-jemput lebih lembut. (pastikan minyak benar benar panas)
- Minyak untuk menggoreng.
Cara membuatnya :
- Rendam 3 keping roti dalam besen atau mangkuk yang mengandungi air selama beberapa minit.
- Buang air dalam mangkuk tadi dan ramas ramas roti sampai hancur.
- Masukkan 3 cawan tepung, ikan bilis, daun bawang, cili, dan bawang.
- Masukkan garam dalam air suam dan kacau sampai sebati. Selepas itu masukkan ke dalam mangkuk adunan jemput-jemput tadi.
- Kacau adunan sebati dan masukkan sebiji telur.
- Kacau lagi bagi sebati dan masukkan satu sudu minyak panas.
- Biarkan beberapa minit dan goreng. (gunakan sudu yang dibasahkan untuk hasil jemput-jemput yang comel)
Adunan jemput-jemput yang sudah siap dibancuh
Hasilnya :
Hasil jemput-jemput yang menggunakan sudu.
Jemput-jemput gebu hasil menggunakan jari-jemari yang lembut.
Hehehehe....
(Pastikan kuku jari tu pendek jika mahu menggunakan tangan)
SELAMAT MENCUBA !!!
macam sedap je..lepas ni boleh try la masak jemput2 kat umah
ReplyDeletewahhhhhhh...ptg ni jugak i try..:)
ReplyDeletekelaparan !!
ReplyDeletehehehehe
nyummmy :)
ReplyDeletewhoaaa. nyum2. lapaq aih, lapaq !
ReplyDeletewaaa..cm best!!xpnah try lagi guna roti
ReplyDeletemy feveret tu haha
ReplyDeletenak cubalah resipi ni
ReplyDeleteingatkan jemput2 tu cekodok. hihihi
ReplyDeleteuikk.. slalu dgr puding roti je.. x prnah plak try cekodok roti ni.. hehe..
ReplyDeletecekodok je mampu? buatlah pauuu..harharhar..lepas ni aku nk buat puding belang plak.ngeh3..nantikanlah...yearghhh!
ReplyDelete