Mee tomyam hasil masakan mama. Hehehe.
Harapkan anak gadis mama ni yang nak masak memang lambat la.
Saya suka sangat makan tomyam. Lebih-lebih lagi masa saya demam selsema. (tak demam selesema pun melantak tomyam sampai tak nampak jodoh lalu kat sebelah.Hee)
Tetiba ada tomyam. Padahal nak cerita pasal serai. Apa kaitan tomyam dan serai? Mestilah de kaitan. Serai ni kan merupakan bahan utama dalam tomyam. Ia dapat meningkatkan sistem imun badan. Bagi mereka yang rasa-rasa cam nak selsema tu boleh la makan tomyam ni panas panas. Masa nak masak tomyam tu lebihkan kandungan serainya. (masa nak order tomyam pun boleh cakap nak serai lebih)
Insya'Allah boleh sihat.
Serai, lemon grass atau citronella, kesemuanya merupakan satu benda yang sama. Apa sahaja nama yang dipanggil, ia tetap sejenis herba yang bermanfaat.
Antara kebaikan serai:
- Bau wangi serai boleh menambahkan aroma kepada masakan dan membangkitkan selera makan. (Patutlah selalu berselera je bila makan tomyam. Tomyam lagi. Hee)
- Serai baik untuk mencegah kanser. Serai yang direbus mempunyai sejenis antioksidan yang sangat kuat. Antioksidan di dalam minyak serai juga mampu menyingkirkan enzim yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser. Sebelum sel kanser menyinggah ke dalam tubuh kita, lebih baik kita hindari dengan amalam pencegahan seperti ini.
- Serai bersifat diuretik yang dapat meningkat aliran kencing. Kelancaran aliran kencing ni sangat penting kerana pembuangan air kencing yang akan menyingkirkan toksik, dan lemak berlebihan. Bagi mereka yang menghadapi masalah kencing tersekat-sekat (cam pelik je bunyinya) boleh la amalkan minum teh serai setiap hari.
- Minyak serai berpotensi mengubati penyakit mata seperti pedih pedih mata dan juga penglihatan kabur.
- Beberapa kompenan dalam minyak serai mampu membunuh dan mencegah pertumbuhan bakteria di dalam badan. Minyak serai ini berfungsi sebagai anti-bakteria dan juga anti-kulat. Ini amat membantu dalam rawatan luka, usus, pundi kencing, perut, buah pinggang, dan kulat di dalam telinga.
- Aroma serai dapat menentang depresi atau kemurungan. Aroma serai yang wangi dan segar memberi kelegaan kepada perasaan sedih serta murung. Seterusnya, dapat mencetuskan rasa gembira. Oleh sebab itu, serai banyak digunakan sebagai minyak aromaterapi yang dititik dalam air mandian.
- Aroma dari serai juga mampu menjadi penghalau serangga seperti nyamuk atau lalat.
Salah satu produk Hot Perfume yang mengandungi serai
dan mampu menjadi penghalau serangga.
- Serai membantu mengurangkan masalah ketakcernaan dan gastrik.
- Serai dapat meningkatkan kualiti kulit wajah dengan merawat jerawat dan membersihkan liang-liang kulit. Ciri-ciri antiseptik yang terdapat dalam serai membantu merawat masalah jerawat secara semulajadi tanpa mengeringkan wajah. Caranya??? Ambil uncang teh serai yang telah digunakan, sapu pada keseluruhan wajah. Tak de uncang teh serai, gunakan sahaja air teh serai tu.
- Serai dapat membantu mencantikkan otot dan tisu-tisu.(bab ni eden tak reti nak explain. Konpius. Hee)
- Olahan dari artikel dalam majalah ANIS keluaran Mei 2011 -
Sumber lain :
Bicara Hati gadis :Tetiba rasa nak guna produk-produk kecantikan seperti pencuci muka yang mengandungi unsur serai. Ada ke produk camtu? Penasaran.
banyak betul khasiat serai
ReplyDeletebaru tahu :-)
Review Filem KL Gangster
suka mkn serai dalam nasi goreng kerabu..gugugu
ReplyDeleteminumlah air serai=)
ReplyDeletewoooo,sedap ni (:
ReplyDeletehehe..ske bau serai..yep2..skunk ni ade je spray berunsur kan srai nk halau srangga kan
ReplyDeletesuke bau seraii
ReplyDelete