Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

17 June 2011

Tiada lagi kad Hari Bapa



Tarikh Hari Bapa tahun 2011 ni ialah pada 19 Jun. 
(Info dari wiki.answers)




Kamu sudah ada perancangan istimewa untuk menghargai pengorbanan dan kasih bapa kamu? Masih blur atau buntu? Saya ada beberapa cadangan yang mungkin dapat membantu :

  1. Bawa keluarga ke One Utama pada 19 Jun untuk meraikan Hari Bapa. Oreo menyediakan banyak aktiviti untuk meraikan Hari Bapa. Ada banyak games dan juga hadiah bakal diberikan.
  2. Paparkan ucapan Hari Bapa untuk bapa kamu di iklan online. Hanya 3 cara sahaja. Lakukan sebelum 19 Jun. Jom! Ingin turut serta boleh la klik Kad Ucapan Hari Bapa Ekslusif
  3. Kebetulan 19 Jun tu adalah hari ahad, sangatlah sesuai kamu raikannya di rumah. Masakkan masakan istimewa untuk bapa kamu pada hari tersebut. Banyak resepi menarik di DTS, Dari Dapur Azli Razali, dan Dapurku Sayang.


Jika masa saya muda dulu (macam la sekarang ni dah tua sangat), saya suka buat kad. Ingat lagi masa saya sekolah rendah, saya pakat dengan adik beradik saya untuk buat sesuatu pada Hari Bapa. Kami bekerjasama menyiapkan kad Hari Bapa untuk abah. Besar gedabak pulak kad tu, sampai kena buat sampul khas. Hee.

Lepas siap kad tu, adik letak kad tu kad kereta abah. Letak kat tempat duduk pemandu. Konon nak bagi kejutan. 

Punya kecoh sebelum nak letak kad tu. Dah la nak buat big project tu time nak pergi sekolah waktu pagi. Masing-masing berkumpul dalam satu bilik dan tutup pintu. Abah kat luar dah bising. Dia risau sebab tak nampak kami bersiap-siap. 

Sedang abah leka bersiap nak pergi pejabat, adik saya p ambil kunci kereta senyap senyap. Lepas tu, dia loncat (lompat) keluar ikut pintu keluar di bilik. Terpaksa dia keluar ikut pintu yang tak bertangga tu. Nasib baik rumah saya tak tinggi mana. Setakat nak lompat tanpa tangga tu boleh la. Tapi yang kesiannya, dia terpaksa berjalan tanpa kasut pergi ke kereta abah untuk meletakkan kad Hari Bapa tu. Adik saya memang sangat bagus. ^_^



Itu cerita zaman kanak-kanak la. Bukan main kreatif nak buat kad macam-macam bentuk. Bila dah meningkat dewasa, idea kreatif tu hilang tah ke mana (padahal malas nak perah otak). lalala *buat muka tak bersalah*



Bicara Hati gadis :
Hanya mampu laksankan cadangan kedua dan ketiga sahaja. Pertama tu jauh sangat nak pergi. Hehehe. Harap saya akan terpilih untuk Kad Ucapan Hari Bapa Ekslusif tu.




7 comments :

  1. sure adik hanim akan ingat tiap2 hari bapa kan...

    kak ayu suka bagi sesuatu..
    tapi, skrang amanah semakin bertambah kak akan pastikan kak dapat jenguk atau wish dalam handphone

    ReplyDelete
  2. wahhh..gud luck untuk akd ucapan tu...:)))

    ReplyDelete
  3. Am pun bila besar dah segan nak wish kat abah...hurm..

    Sis , n3 baru Am utk kamu

    http://mypublicdailydiary.blogspot.com/2011/06/hah-ape-part-ii.html

    ReplyDelete
  4. masa kecik-kecik pun suka buat kad besar gedabak untuk ayah..hehe

    ReplyDelete
  5. masa kecik-kecik pun suka buat kad besar gedabak untuk ayah..hehe

    ReplyDelete
  6. wahh oreo? ada Aaron aziz tu. haha tu plk yg di ingati.. hoho :D

    ReplyDelete
  7. bagusnye. sejuk perut ayah. hehe.

    err gud luck untuk kad ucapan tu. (:

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_