Kanak-kanak sekarang semakin lama sudah semakin melupai permainan-permainan tradisional. Mana taknya, mereka hanya tahu permainan seperti barbie doll dan PlayStation. Eh, jangan kata kanak-kanak. Abang dan kakak pada kanak-kanak ni pun ada yang tak tau permainan tradisional tu apa. Mungkin masa ini mak ayah masih tahu permainan tradisioanal tu apa, tapi suatu hari nanti tak mustahil jika ada golongan mak ayah yang tak tahu. Semakin lama mau semakin lupus permainan tradisional ni dari pengetahuan kita.
Lawatan saya bersama dua rakan saya ke Muzium Permainan Tradisional yang terletak di Bukit Melawati Kuala Selangor buat saya rasa seperti kembali ke zaman kanak-kanak. Pelbagai permainan yang di pamerkan di dalam muzium tersebut.
Antaranya ;
Gasing
Congkak
Gasing dan congkak, kedua-keduanya pernah saya main masa zaman kanak-kanak dulu.
Permainan gasing jarang sekali dimainkan oleh orang perempuan. Jadi masa tu saya terpaksa bermain dengan lelaki. Kononlah kuat dan lasak. Tapi bila tengok dahi budak laki berdarah gara-gara terkena gasing terus rasa loya. Padah main gasing dalam kelas. Terkena kipas terus terpelanting. Nasib baik gasing yang budak laki tu baling kena kat budak laki jugak. Kalau terkena pada budak perempuan mau tak menjerit kesakitan sambil menangis. Tak pasal pasal kantoi dengan cikgu. Hehehe....
Banyak lagi permainan tradisional yang menarik dipamerkan dalam Muzium Permainan Tradisional ni. Jika kamu ingin mengimbau kembali kenangan kanak-kanak itu sambil memperkenalkan permainan tradisional ni kepada kanak-kanak zaman sekarang, jemputlah datang ke Muzium Permainan Tradisional yang terletak di Bukit Melawati Kuala Selangor. Tiada bayaran yang dikenakan pun.
Tak sabar mau tunggu video yang dirakamkan di Bukit Melawati. Pakcik ini (konpem dia marah bila baca) kata hari ni siap edit. Tapi tetiba tak boleh publish pulak. Adakah semua ini berlaku kerana entri mistik yang dia buat tu. Opsss... Saya tak mau cerita lebih lebih. Nak tau baca sendiri kat SINI. Seraaaammmmmm..... Okbai... Larik dulu ~
Gasing la paling best..Seronok main sampai pecah2 gasing kena pangkah
ReplyDeletebiase la 2 hanim.. biase org akn mula bg perhatian bile bende ne diberi nafas semula.. kehkehkeh
ReplyDeletewahx cantik la blog die.. makin mantap namapk.. bila nak berdomain sendiri nie
ReplyDeleteherm, dah lama tnggalkan mainan gasing tu..kali terakhir main pun darjah 6 kot..tu pun gasing yg harga 60 sen sebijik haha
ReplyDeletetakleh buat ape lah. kalau dah ps3 lagi best.^_^
ReplyDeleteEntry Terkini: Ni tanda aku support,korang macam mane
tak suka main permainan tradisional. HAHA
ReplyDeletehahaha... aiza suka batu seremban.. tu x lupa sampai laa ni...
ReplyDeleteKita suka congkak! Bestt
ReplyDeleteperghh..dulu selalu main gasing tu...tp skrg ni mcm dah lupa jek nak main gasing tu camne....eh tak, nak cari gasing pon tak tau kat ne ada jual..huhu
ReplyDeleteni pehal setiap kali nak comment, ade man kat atas ni? mencik taw.
ReplyDelete.skip.
kite paling suke men congkak. rumah kite ade congkak. jom men sesame nak? mak saya tanye, bila awk nak datang umah kite yang sepah2 ni lagi ? =,=
budak2 skrg layan game komputer ja.. congkak n gasing pun ada dlm komputer.. haha..
ReplyDelete