Bila kata kanta lekap saja, mesti ia akan dikaitkan dengan perempuan.
Terasa ai tau.... Hee
Ada juga lelaki yang memakai kanta lekap. Tapi jumlahnya sedikit.
Saya lebih suka melihat lelaki memakai spek mata berbanding lelaki memakai kanta lekap. Lelaki memakai spek mata nampak lebih educated and bergaya. Hehehe...
Memang kamu akan nampak cantik memakai kanta lekap, tapi kecantikan itu akan jadi perosak jika kamu memandang remeh pada pemilihan dan penjagaan kanta lekap ni.
Kata Prof Bariah ; " Kanta lekap memang selamat selagi pengguna mendapat nasihat daripada optometris serta mengamalkan rutin penjagaan yang baik. Bagi yang mempunyai mata yang sihat, tidak ada masalah bagi mereka menggunakan kanta lekap. "
Petikan dari Berita Harian. (credit to 3K )
Ada beberapa perkara yang perlu kamu ambil kira sepanjang penggunaan kanta lekap ni.
- Kebiasaanya pengguna baru akan keliru dengan bahagian dalam dan luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara. Tetapi jika diteliti, ada perbezaannya di situ. Pastikan ia kelihatan seperti separuh bola sebelum memakainya.
- Basuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi sehingga boleh melekat bau pada permukaan kanta lekap. Jika berdiri di depan sinki, pastikan kamu menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.
- Pemakaian kanta lekap juga ada caranya. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.
- Cara mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.
- Kanta lekap perlulah dicuci dengan larutan khusus dan disimpan dalam larutan yang khusus untuk kanta lekap. Penggunaan ubat titis mata juga mesti digunakan mengikut keperluan. Ubat titis mata biasa dan ubat titis mata untuk ketika memakai kanta lekap, berbeza. Perlu diambil perhatian.
- Bekas simpanan kanta lekap yang kotor juga boleh mengundang jangkitan bakteria. Oleh itu, bekas kanta lekap mesti dicuci setiap minggu dan diganti sekurang-kurangnya setiap tiga bulan.
- Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.
- Peringatan, jangan sesekali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata.
- Gantikan kanta lekap sebaik mata mulai berasa tidak selesa kerana ia menjadi petanda kanta sudah berada dalam keadaan yang tidak baik untuk membantu penglihatan.
- Jangan pakai kanta lekap melebihi tempoh yang sepatutnya.
Tip membersihkan kanta lekap:
1- Cuci tangan bersih-bersih dan keringkan terlebih dahulu sebelum menyentuh kanta lekap.
2- Jangan menggunakan larutan pembersih sembarangan kerana produk pembersih yang tidak tepat akan membahayakan mata.
3- Sewaktu membersihkan kanta lekap, gosok dengan hati-hati. Letakkan kanta di telapak tangan anda dan usap secara perlahan-lahan.
4- Simpan kanta lekap di tempat penyimpanan khusus yang mengandungi agen pembasmi kuman.
5- Jangan biarkan mulut botol pembersih tersentuh sebarang permukaan lain atau dibiarkan terbuka untuk menghindari pencemaran.
(Bukan main suka lagi dia pakai lens)
sumber : biovco.com dan 3K
Bicara Hati gadis :Kanta lekap memang boleh jadi penyeri wajah, tapi ia juga boleh jadi perosak mata jika kita selalu pandang remeh.
saya tak guna kanta lekap dan pakai spek mata...bila dalam kuliah, duk belakang sekali...pastu tak jelas bila tgk slide depan...hahah
ReplyDeletehaha aku takleh pakai contacts sebab aku pengotoq. haha so terpakselah pakai spek hitam yang tebal ni, sebab tu name blog pun si spek hitam XD
ReplyDeletehehehe akak penah dulu nak terai pakai kanta lekap tuh, mase time kawen,
ReplyDeletepueh la mak handam tuh duk terai masukkan last2 sampai kesudah tak dpaat pakai. nak cantek ntah kemane kanta tu ntah kemane hahahaha.
memang akak tak roti sungguh la hai pakai kanta lekap tuh. Tengok orang pakai lawa teringin jugak. Tapi hampeh sampai sekrang ni tak jugak pandai2 nak pakai hahahaha sadis sadis.
hiks
tak minat. #okbai
ReplyDeletenice tips! saya mmg pakai lens kalau keluar.. jarang lar.. nak pakai sekali sekala boleh lar..ehhehe..
ReplyDeletesebenarnya kan tak nampak pun kanta lekap tu..huhu..kalau tak pandai jaga pulak, rosak mata..bahaya2..
ReplyDelete#517..feel free to follow me too dear :)
tips yang berguna :)
ReplyDeletekak ayu hanya pakai spek jer....
ReplyDeletetapi.. kalau ada majlis sesekali sarung gak..
heheheh
dik, thanks entry terbaik nie
oh ya.. lupa nak habaq.. kak masukkan awak dalam bloglist kak ayu..
blogger wajib di baca
akak tak berani nk pakai lens ni, takot dan tak pandai hihhihi...
ReplyDeletelelaki + CL kalerr = tak MACHO langsung..hikhikhik..
ReplyDeletesaya suka pakai lens! hihi :)
ReplyDeleteentry baru -> ini cerita semalam
entry popular -> kanta lekap boleh rosakkan mata
follow kamu dear! :)
saye pengguna kanta lekap.
ReplyDeletehaha.
err cuci tangan pakai lifeboy boleh tak?
wah popular saya..:)
ReplyDelete