Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

09 April 2011

perlu RAJIN jika mahu CANTIK

Nak cantik tapi malas nak buat apa apa... Apa cerita?

Jangan malas malas lah kalau nak rasa diri cantik. Rajin dan cantik memang tak dapat dipisahkan. Saling berkait rapat.

Kenapa saya kata perlu RAJIN jika mahu CANTIK?

  • Perlu rajin cuci muka setiap hari. Paling kurang dua kali sehari. Selepas bangun tido pagi dan sebelum tido malam. 
  • Cucian muka sebelum tido perlukan pemeringkatan dua kali. Waktu tidur malam waktu paling sesuai untuk sel sel kulit muka diperbaharui. Kena pastikan kulit muka benar benar bersih sebelum tidur. Muka yang tak dicuci bersih sebelum tidur boleh mengundang jerawat pada kulit muka. Selalunya saya akan gunakan tisu lembap untuk bersih kekotoran pada muka terlebih dahulu sebelum cuci muka dengan pencuci muka.
  • Banyakkan minum air untuk kulit yang sihat.
  • Gunakan skrub seminggu sekali. Banyak jenis skrub kat pasaran, pilih sahaja yang mana sesuai. Jika rasa sayang nak keluarkan duit beli skrub muka ni, buatlah sendiri. Gunakan beras yang direndam dalam air selama sejam, lepas tu tumbuk dengan kunyit hidup hingga hancur. Siap terus boleh guna kat muka macam skrub yang dibeli di pasaran. Senang! Tradisional gitu. Perlu hati hati dengan kunyit tu. Jangan letak terlalu banyak dalam campuran. Sat lagi muka kamu tetiba bertukar jadi kuning pulak. heh
  • Pakai mask seminggu sekali jugak! Kalau malas seminggu sekali, dua minggu sekali pun boleh. Mask ni boleh memperbaiki kulit muka.
  • Pakai pelindung pada kulit muka sebelum keluar. Gunakan pelembap atau bedak yang mengandungi SPF. Biarpun tak suka pakai bedak bila keluar, jangan biarkan kulit muka terdedah terus pada matahari. Bahaya untuk kulit muka. Tak pepasal jerawat akan jadi jeragat. Hati-hati!


Semua yang saya senaraikan adalah berdasarkan pengalaman saya. Belajar dari kesilapan. Dulu kulit saya bermasalah sebab saya agak malas masa tu. Tak reti nak jaga kulit muka baik baik. Selalu memperanaktirikan kulit muka. Kesian ~

4 comments :

  1. kadang-kadang saya rajin..kadang-kadang saya malas..bila time malas tu la jerawat mula timbul-timbul..huhu

    ReplyDelete
  2. betul2 ! sebelum tido mesti nak pakai pembersih muka . kalau tak esok-esok ada jiran barulah singgah kat muka . hohohoo

    http://putrisayangkamu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. akan dipraktikkan.
    thanx kak. heheheh

    ReplyDelete
  4. selalu buat..tapi part krim tu tak...sebab better not to wear than wear kat muke mira..sebab kdg2 tak sesuai dan berminyak sgt taw..so baik tayah paai..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_