Seronok sangat bila dah berjaya menamatkan pengajian di universiti. Tak sabar nak memulakan alam pekerjaan.
Semua orang pun akan rasa seperti itu. Sudah penat belajar, teringin nak merasa pegang duit hasil titik peluh sendiri. Nak aplikasikan apa yang dipelajari.
Ramai yang berpendapat, bekerja bukan dalam bidang yang kita pelajari adalah satu yang merugikan. Bertahun belajar bersusah-payah, akhirnya kerja di bidang lain. Rasa tak berbaloi kan?
Kadang-kala apa yang akan kita hadapi tak seseronok apa yang kita bayangkan.
Nampak cam best bekerja di bidang yang sama. Tapi hakikatnya hanya yang merasai sahaja tahu.
Belajar dan bekerja dua perkara yang berbeza. Apa yang kita belajar mungkin takkan sama dengan kerja.
Walaupun bekerja di bidang yang sama dengan bidang belajar , kita tetap juga akan rasa kejutannya.
Bagi saya, bekerja di bidang yang sama atau tidak bukan lagi masalah utama. Asalkan, pekerjaan itu memberikan hasil pendapatan yang berbaloi.
Lagipun ilmu yang kita belajar itu masih boleh digunakan di masa lain. Tak perlu rasa ianya satu kerugian jika tidak digunakan untuk bekerja.
Setiap yang ditetapkan oleh Allah itu pasti lebih baik. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Percayalah ! Peringatan untuk diri saya jugak. Tetiba teringat sok kerja. Nebes sangat bila terfikir saya akan mulakan semula tugas sebagai site engineer setelah dua hari bercuti.
Semoga saya berjaya harungi dunia baru saya ni dengan jayanya. AMIN
ramai je yang bile belajar satu2 subjek tu bile kerja dia dapat kerja lain.. itu ikut rezeki kan.. kalau dah dapat kerja tu kire ok la dari tak kerja.. takkan nak memilih pula ye tak..bukan senang nak dapat kerja sekarang. so benda yang belajar tu kira dah jadi multi skill dia la..so kerja baru yang tak berkaitan pun kira belajar benda baru gak kan? :)
ReplyDeletetol2..deela pun blajo lain keje lain..dapat blajo bnda baru..seronok!! :P
ReplyDeleteMeh sini: Video:Ratu Cantik Mak Nyah di Malaysia!
saya baru je terfikir tak nak jadi quantity surveyor bila habis belajar nanti..takut..
ReplyDeleteapa yg dipelajari tetap boleh digunakan dalam keadaan lain,
ReplyDeletebelajar itu proses seumur hidup :)
aku setuju kalau bekerja dari luar bidang yang kita pelajari itu tidaklah merugikan..kerna saja belajar itu tujuannya mencari ilmu dan bekerja itu tujuannya mencari pengalaman untuk kehidupan kita.....
ReplyDeleteye la..skrg ni tak boleh memilih..
ReplyDeletetak semestinyer apa yg kte nk tu dapat..
bersyukurlah dgn apa je kje yg kta ada..tak kisah la bidang kte or x..
aminnn..smoga bjaya hendaknya :)
ReplyDeletex rugi la..x sume yg kita nak,kita akan dpt.so,kita kena hargai apa yg kita dpt..enjoy dgn keja kita.bru hidup pun best..:)
ReplyDelete