Tidak semua orang bernasib baik seperti kita. Punya cukup sifat, punya akal dan fikiran untuk mencari sesuap nasi. Patut bersyukur kerna dilahirkan cukup sifat dan akal fikiran. Alhamdulillah
Melihat seorang yang kurang upaya duk berjalan terhencot-hencot ke hulu ke hilir menjual tisu buat saya rasa sebak. Lagi lagi bila ramai yang mengangkat tangan dan gelengkan kepala tanda tidak mahu membeli. T_T
Rasa tak sanggup untuk tidak membeli tisu darinya. Lagipun bukan mahal sangat pun tisu tu. Hanya RM 1 untuk 3 paket. Apa salahnya membeli sambil membantu kan?
Cuba bayangkan jika kita di tempat mereka... Bagaimana kita rasa masa tu, pasti perit bukan?
Selagi kita mampu, cubalah membantu mereka yang memerlukan. Hanya sekadar mengingatkan diri sendiri dan yang lain jugak. ^_^
sy pon mudah sentap tgok org mcm tu...
ReplyDeletersa sgt bersalah kalau x dpt nk hulurkan bantuan..
huhu, beli la bukan mahal pun setakat rm 1
ReplyDeletekalu nak belanja awek or pakwe boleh plak habis rm50 keatas, huhu