' Mak ai. Bengangnya aku ngan dia ni.
Berkali kali ajak keluar ada sahaja alasan.
Memanjang busy. Dulu tak camni pun '
Mula rasa bengang and sakit hati bila si Dia tak memberi perhatian. Tiba tiba sikapnya berubah. Dari seorang yang caring menjadi seorang yang acuh tak acuh. Permulaan babak percintaan yang nampak indah berseri seri berubah menjadi kelam. Kenapa erk? Mencari punca masalah lebih baik dari menyalahkan sesama sendiri.
Saya sendiri pun pernah merasa situasi seperti ini. Tapi dialog atas tu tak de kaitan pun dengan cerita saya. Rekaan semata mata. Tiada kaitan antara yang makan or yang membaca. *wink2* sambil buat muka paling comel. euuww... comel ke?
Boleh tak saya nak katakan lelaki yang mula memberi pelbagai alasan tu sebenarnya ada melakukan kecurangan di belakang. Taip sambil nyorok bawah selimut. Takut takut ada blogger boys yang baling telur pulak.
Opss,,, jangan marah erk.... Itu cuma pendapat saya. Kenapa saya cakap camtu? Sebabnya,
Saya dah alaminya.
Bukan saya sahaja.
Kawan saya jugak.
Orang yang call hot.fm tu pun.
Kisah di suatu malam yang bukan malam Jumaat :
Jejaka : Buat apa?
Gadis : On the way ke rumah makcik. Nak bincang pasal rombongan meminang untuk anaknya. * Mama pun berbisik pada anak gadisnya, bila dia nak datang merisik bawa family. Bolehla kenal kenal. *
Jejaka : Owh
Gadis : Mama tanya bila nak datang merisik bawa famili. Bolehla kenal kenal. *Terus copy paste ayat mama.*
Jejaka : Nantilah. Awak kan tengah belajar. Tunggulah abes belajar. Lagi satu semester je kan. Sabarla. Tengah kumpul duit ni.
Gadis : Alahai, bukan suruh datang meminang. Cuma datang merisik. Berkenalan.
Memang famili dia dah kenai saya. Famili saya dah kenal dia. Tapi famili saya tak kenal famili dia.
Si Jejaka terus mengalih arah perbualan kami. Something wrong kat situ. Padahal sebelum ni dia yang beria-ia. Nak datang meminang lepas saya abes belajar. 2012 menjadi tahun pilihan untuk tarikh istimewa tu.
*janji manis bersemut*
Semenjak perbualan malam itu hati saya mula rasa tidak seronok. Kurasakan sesuatu di situ.
Selidik punya selidik rupanya si Jejaka curang. Owh TIDAK! Pedih wo rasanya. Hati ni seperti diguris-guris oleh belati tajam.
Camne saya boleh tau dia curang? Rahsia kerajaan hati. hehehe...
Oleh sebab saya tak mau tuduh melulu. Saya pun mula berkias-kias dalam SMS.
' Awak, nape hubungan kita rasa cam hambar je '
Lebih pedih lagi bila dia jawab,
' Sudah tiada lagi rasa cinta '
Memangla tak de rasa cinta tu untuk saya, sebab rasa cinta dia dah bagi kat perempuan lain. Chet!
Dari situ lah saya tau yang si Dia memberi pelbagai alasan kerana cintanya telah beralih arah.
Cara terbaik, putus saja. Lebih baik putus masa bercinta dari bercerai masa bernikah.
Perlu ke nak bakar hadiah yang chantek hanya kerana marahkan si pemberi hadiah?
nota kecil gadis :
Entri ni hanya satu percubaan untuk wujud segmen Alahai Lelaki kat blog Bicara Gadis. Harapnya dapat diterima semua pembaca. ^_^
camtu ek..xpe banyak lagi yang baik kat luar tu...tp mmg sakit ati kalau curang kan.
ReplyDeletemasing2 suka beri alasan..kalau xde sefahaman memang patut putus..
ReplyDeletebaguslah kalau wujudkan segmen tu..huhuhu.. :)
harap harap saya tak jadi mcm ni. :((
ReplyDeleteawak...
ReplyDeleteseb bek awk taw lebih awl...
masih ade yg baek utk mu...
er..ni percubaan ke or betul2 terjadi?
ReplyDeletememang lelaki kalau bg banyak alasan memang dia dah berubahla tu, kalau suka ubah topik pun something wrong juga
orang yang bercinta ni memang banyak ragamnya
ReplyDeletethanx rossa sebab support
ReplyDeleteInsya'Allah azeya... tak semua orang cam dia.
betol tu penyisir rambut. semua ni ada hikmahnya. Ada yang lebih baik.
ni betol2 la tengkorakemas. perkara lama. cuma nak jadikan peringatan untuk orang lain.
tapi ni ragam yang tak sepatutnya zuriey ~ huh