Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

07 February 2011

Memasak itu mudah dan menyeronokkan

4 hari duduk bertapa dalam selimut. Hasilnya? Peluh peluh sehat. tehehehe... Hali ni manyak celonok. Dapat kenal peluh peluh sehat. Alhamdulilah. Selera makan pun dah pulang ke pangkuan tuannya. Tugas menternak badan bakal bermula. Ekekeke... Selamat kembali lemak lemak baru.

Bila cerita pasal selera makan, akan timbul la pasal makanan and aktiviti masak memasak. Siapa tak suka masak sila angkat keyboard. Ops, salah soalan pulak. Tak pasal pasal ramai yang angkat keyboard. Tak de pulak orang mau tinggalkan komen untuk entri saya ni.

Sebenarnya mau tanya siapa yang tak suka makan sila angkat keyboard. Angkat kaki sekali.
Tak pasal ada muntah hijau atas keyboard time tengok gambar makanan yang berlambak lambak ni nanti. Lalalala...

Ramai orang suka makan, tapi tak ramai orang suka masak. Kenapa, Kenapa, Kenapaaaa.....????
Ada yang cakap susah, ada yang cakap tak de bakat.... Alahai.... Perlu ke nak masak nasi pun kena pergi Universiti dulu belajar masak? Takkanla kena ada bakat terpendam dulu baru boleh memasak?


Memasak tu mudah dan menyeronokkan wokey. 
Yang penting RAJIN, and lagi bagus KREATIF.



Antara makanan yang senang untuk di masak :


Kerabu pucuk paku.
Makan sayur untuk sehat dan kuat cam popai. 


 Cucur lobak muncul selepas bosan melihat cucur bilis and cucur udang.


Kew teow tomyam pun ada.
Nyum Nyum.
Hanya guna pes tomyam saja.
Lalalaaa....

 Mee goreng nenas mencari kelainan.


Bubur nasi ceria.




Banyak lagi gambar makanan mau tunjuk sebenarnya. Tapi tetiba hilang pulak. si Tijah la ni yang sorokkan. Salah kucing pulak. Padahal tak tau save kat ne.


Nak tengok resepi yang senang dan sedap, bolehlah terjah blog Mat Gebu -----> Dapur Tanpa Sempadan
Macam macam ada. Rasa nak ubah selera makan bolehla cuba resepi yang dibuat oleh Mat Gebu.
Lelaaki pun suka masak, takkan perempuan malas kot.... ~ lalalaaa...



10 comments :

  1. masak maggi dikira tak?

    masak telur dadar or telur mata ok juga kan?hehe

    ReplyDelete
  2. assalam.sy tak reti memasak.pandainya hanim memasak...leh laa amik hanim buat calon...hu3

    ReplyDelete
  3. nanti masak la..kasi aku rase..baru boleh komen..hihiiii

    ReplyDelete
  4. MEE GORENG NENAS??
    huhu..mmg xpnh dgr..cian kan ijam...
    sdp ke?heeeee
    =D

    ReplyDelete
  5. itu lar kelebihan reti masak..leh buat resepi sendiri..kadang tuh leh operate yang sedia ada ke suatu menu yang lain..

    aku juga suka masak..yeah!

    ReplyDelete
  6. anne minat makan..haha..
    mee goreng sedapnya..hehe

    ReplyDelete
  7. @nobita sensei
    ^_^

    @tengkorakemas
    boleh jugak tu... asal masak... tehehe

    @muniraksasa
    sama la kita.... suka makan jugak

    @adamxis
    hehehe... masak campak campak aje...

    @hidayah hanif
    tak sempat nak bagi rasa dah abes... lalalaaa...

    @ijan ismail
    mee goreng nenas tu rekaan akak je... kehkehkeh

    @ghost writer
    betol tu... ^_^

    @anne
    minat makan jugak... memang sedap.. mee tu pun homemade... tak beli... tak de bahan pengawet... asli

    @kay_are
    ^_^

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_