Kehidupan kita sekarang semua bermula dari seorang bayi. Seorang bayi yang tak tahu apa apa melainkan menangis. Selepas itu kita akan berlajar minum, makan, merangkak, berjalan, berlari, sehingga apa yang kita ada sekarang.
Semuanya kita belajar secara perlahan-lahan. Tiada satu bayi pun yang keluar-keluar boleh terus berlari.
Kehidupan kita memang sebegitu. Segalanya bermula dari bawah, secara perlahan-lahan akan naik ke atas langkah demi langkah. Semuanya perlukan masa. Tiada istilah segera melainkan mee segera.
Nak menjadi seseorang yang bernyakinan pun perlukan masa. Perlu hadapi langkah demi langkah.
Bermula dari berlatih bercakap seorang diri dihadapan cermin dan dihadapan kamera seorang diri.
Rasa remeh??? Tak praktikal???
Sekarang cuba fikir jika seorang yang pemalu tiba kena berucap di hadapan orang ramai dan dia ada masalah darah gemuruh. Mau tergagap gugup berucap di situ. Semua orang gelakkan dia. Biasalah lumrah dunia, orang yang lemah pasti akan jadi bahan ketawa. Macam tengok siaran langsung Raja Lawak la pulak. Tak gitu???
Agaknya la kan, kenyakinan dalam diri orang yang pemalu tu akan naik atau terus jatuh menjunam??? *bayangkan dan fikirkan*
Jangan menjangkakan semua orang hebat seperti kita sebab kita jugak melalui proses bayi itu sebelum kita perolehi apa yang kita ada sekarang.
Wau...sokong2..but, not buat2 baby face ye..ihihi
ReplyDeletefuyoooooooooooooo ! best ni. HAHA bagus kak :)
ReplyDeletebagus....keep it up!! :)
ReplyDeletesaya baru belajar memanduu :)
ReplyDelete