Hampir setiap bulan kad jemputan majlis perkahwinan akan sampai ke rumah. Tak kira tu majlis kawan ke saudara mara ke jiran sebelah rumah ke atau jiran rumah nenek. Memang seronok dapat pergi ke majlis perkahwinan ni. Boleh cuci cuci mata sambil cari jodoh. Opsss....
Masa hadiri majlis perkahwinan ni lah akan selalu diterjah. Mulalah para 'wartawan' mengajukan pelbagai soalan yang tak mampu saya nak jawab. Semuanya pasal perkahwinan saya. Saya konon konon berlagak artis yang popular hanya mampu kata NO KOMEN...
Itu pun masih tak puas hati lagi tu nak tanya jugak....
Saya malaslah nak jawab panjang lebar. Nanti tak pasal-pasal air mata ikut keluar selaju jawapan yang keluar dari mulut. T___T
Cheh, drama aje lebih... hehehe
Janganlah diungkit lagi pasal perkahwinan tu. Biarkan masa mengubati kelukaan lama.
Salahkan seorang wanita berkahwin pada usia 26 atau 27 ?
Kenapa perlu nak bangkitkan isu perkahwinan bila usia dah melepasi 21 tahun?
Rasa masih terlalu muda untuk melayari bahtera perkahwinan tu.....
Banyak lagi persiapan yang masih belum terlaksana. Persiapan apa??? Mental dan rohani lah.
Perkahwinan ni bukan permainan masak masak cam masa kecik kecik dulu.
Ada yang cakap saya terlalu memilih. Alahai, saya nak memilih macam mana kalau tak ada orang yang nak pilih saya. hehehe... Just Joking... ^___^
Doa-doakanlah saya akan bertemu dengan pilihan hati. Pilihan hati saya orang macam mana??? Teeeeettttt.....Akan di jawab pada next entri. Dah laparlah. Mau pergi makan.Makanan kat meja tu dah berjoget lagu cindai melambai lambai....hehehe...
Mungkinkah saya akan berkahwin pada tahun 2012???
Hehehe...NO KOMEN
Pilihan hati masih belum ditemui.... ^___^
wanita zaman sekarang tak pe kawin lmbt2 pn.
ReplyDelete25 , 26,27 masih okay :)
Jodoh, maut di tangah Allah, kita hanya mampu merancang...
ReplyDeletekawin la dgn sy! *winkk winkkk
ReplyDelete[bdak kcik yg gataiii]
sebenarnya itu soalan spontan jer tu.. ebab tak tau nak tanya soklan ape.. jaranglah dorng tanya "awak malam tadi tido pukul berapa.." kat majlis kawen..
ReplyDelete