Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

22 February 2011

Hanim bukan budak sekolah


Sakit perut rasa tahan gelak. Semua gara-gara entri Hanim sebaya Ben Ashaari???
Entri tu saja nak usik Abang Ben Ashaari. Ada pulak yang bagi respon kata saya nak ngorat Abang Ben.  Alahai dia tu dah sebaya pakcik bongsu saya wokey. Ada jugak yang kata saya boleh kawen dengan Abang Ben. Ish, korang ni saja nak cari nahas erk. Rasa rasa nak tengok piring terbang kat depan mata buatlah gosip cenggitu. Hahahaha... Gelak guling guling dalam angan. Tak boleh gelak guling guling kat alam nyata ni. Sat lagi mama pelik pulak tengok anaknya ni. Saya waras lagi erk.... ^_^ 



Usia? Ramai tak percaya... <---- Iklan



Memanglah rasa seronok bila orang tak percaya yang kita ni dah agak berusia. Bila berjalan dengan adik perempuan, mereka akan kata adik tu kakak saya. Wah, Awet muda gitu. Padahal 4 tahun beza antara kami.

Tapi ada jugak yang tak best. Memang sangat tak best. Sebab dingorat oleh budak sekolah. Aduh!

Banyak kali pulak tu. Paling tak boleh lupa peristiwa kat dalam bas masa perjalanan dari ke batu pahat ke UTHM. Ramai orang pulak masa saya nak naik bas tu. Tak ada tempat kosong so terpaksa duduk sebelah seorang budak laki ni. Tetiba budak tu pandang saya dan tanya, " Sekolah mana? " 
Cepat cepat aje saya jawab saya bukan pelajar sekolah lah tapi pelajar universiti. Dia pun cakap, " nampak macam budak 16 tahun "
Waaaa.... T_T
Setiap tahun saya dengar orang cakap saya budak 16 tahun. Tak kira lah makcik atau kenalan baru. Bila mau meningkat usia ni. Budak budak sangat ke muka saya? Terpaksalah lepas ni buat muka garang dan serius. hehehe....



Saya yang pakai tudung pink tu.
Nampak cam budak sekolah ke?
Tak kan?
=.=




 

5 comments :

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_