Gulph.....Terkelu seketika bila baca soalan yang diutarakan pada saya.
macam mane nak show kat orang yg kita ade interest kat die,
nak jadikan dia sebagai life partner?
Betol betol serius orang yang tanya ni nak jadikan si dia sebagai life partner.
Saya jawab soalan tu. Jawapan yang saya beri ini hanyalah pendapat saya sahaja. Jika rasa ia bersesuaian jadikanlah ia panduan. Jika tidak, simpan saja dalam peti kotak besi. ^_^
Tiga langkah mudah :
Langkah pertama, lakukan solat istikharah. Mohon petunjuk pada yang Esa. Insya'Allah kita akan diberi petunjuk melalui gerak hati atau mimpi. Tapi janganlah buat sekali terus mengharap petunjuk tu. At least buatlah tiga kali. Saya dulu pun pernah solat istikharah minta petunjuk padaNya sama ada hubungan saya dan si dia perlu diteruskan atau tidak. Petunjuk yang saya dapat tu benar benar telah buat saya lebih tenang membuat keputusan.
Langkah kedua, cuba berkawan rapat dengan dia. Kenali dia. Ketahui sama ada dia sudah berpunya atau belum. Tak pasal pasal nanti ada pinggan mangkuk melayang pulak. Memang cari nahas la tu. Tapi rapat rapat jugak, batas batas agama jangan buat buat lupa pulak. Ajak kawan bila nak jumpa dan berbual dengan si dia.
Langkah ketiga, cuba rapat dengan family si dia. Selalu datang ke rumah keluarganya. Kenali keluarganya. Dari situ kita akan tahu respon keluarga dia pada kita. Paling tidak pihak keluarga si dia tahu yang kita bersungguh, bukan sekadar main main cinta. Mohon kebenaran keluarga bila nak ajak si dia keluar jalan jalan. Ajak adik beradik lain sebagai teman. Jadikan budaya dating cara Islam sebagai panduan.
Gud Luck dear..
ReplyDeleteyang penting saling menghormati.. terima kekurangannya..