Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

02 March 2011

Lelaki pegang beg pasangan jenis prihatin


Kamu pernah tengok si lelaki tolong pegangkan beg si perempuan tak?
Si lelaki pegang beg masa si perempuan shoping, masa si perempuan tengah melintas. Mesti pernah kan???

Baguskan si lelaki tu? Dia sangat prihatin. Sebab apa saya kata dia prihatin???

Dia prihatin sebab dia sayang pada pasangan dia tu. Dia tak mau pasangan dia kena ragut.

Memang nampak macam remeh, tapi itulah hakikatnya.


Ada jenis lelaki lain yang sanggup tarik beg perempuan masa berjalan bila kita tak layan dia. Saya pernah kena. Masa tu saya baru keluar dari stesen LRT nak ke stesen bas di Pudu Raya. Ada lelaki berjalan sebelah saya, lepas tu tegur tegur nak berkenalan. Saya malas nak layan dan terus berjalan ke depan. Saya malas nak layan lelaki yang tergedik gedik mengorat kat tepi jalan tu. Macam kami ni perempuan murahan. Bila dia nampak saya berjalan terus tak layan dia, boleh pulak dia tarik beg saya. Dia geram. Nasib baik saya sempat tarik balik. Kawan sebelah memang terkejut sangat masa tu. Dia kata muka saya selamba je. Muka sahaja selamba, hati penuh debaran. Cuak habis. Hampir gugur jantung masa tu.

Jika masa tu ada lelaki yang tolong pegang beg saya pasti takkan jadi macam tu kan??? hehehe


Pada semua perempuan yang bawa beg tu berhati-hatilah. Tak kesah la beg apa pun.

Pada lelaki pulak, tolong pegangkan beg sahaja ya, tangan jangan. Berdosa... Kalau dah nikah tak pe... ^___^

4 comments :

  1. selalu je nampak kat mall..pakwe mkwe..laal....rasa pelik je..haha

    ReplyDelete
  2. lelaki memang x sesuai pegang beg perempuan, apetah lagi sangkut kt bahu! yg terbaik, jaga perempuan tu dr di ragut! tp please jangan bawak beg tu.

    ReplyDelete
  3. oleh sebab saya takde gf, saya selalu dipaksa pegang handbag akak saya time dia shoping. sekadar pegang tapi tak sangkut di bahu pun.

    ReplyDelete
  4. pernah pegang untuk ex-gf dulu hihihi :D

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_