Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

03 March 2011

Gangguan makhluk halus di kolej ???

Selepas dapat tahu pasal kisah seram di seksyen 2 Shah Alam dalam blog bilatergigithalia, saya terus teringat pada kisah saya masa kat universiti. Cerita dua tahun lepas tapi masih segar diingatan. Cerita ni taklah seram dan beraksi macam cerita di seksyen 2 Shah Alam tu. Tak perlu nak takut membayangkan situasi sebenar kejadian. hehehe....

Duduk termenung dua minit fikir macam mana nak mulakan cerita. Ini kalau masak maggie dah kembang semangkuk dah ni. Adeh, dah lama tak nak sertai pertandingan bercerita terus lupa nak mulakan cerita. hehehe...

Cerita bermula pada satu malam di kolej kediaman. Malam tu saya perlu menyiapkan powerpoint untuk presentation tugasan berkumpulan. Oleh sebab laporan tugasan terlalu panjang, saya mengambil masa yang agak lama untuk ringkaskan semuanya sebelum masukkan dalam powerpoint. Memang dah gaya saya tak suka letak ayat panjang berjela dalam powerpoint. 

Malam tu terpaksalah tidur lambat. Malam tu jugak semua kawan bilik tidur awal, sebelum pukul 12. Sebelum seorang kawan sekelas nak tidur, dia ada tanyalah nak kunci pintu ke tak. Saya cakap tak apa sekejap lagi nak keluar pergi tandas. Saya pun terus keluar pergi cuci muka, gosok gigi segala. Lepas tu masuk bilik, matikan lampu dan kunci pintu terus berjalan ke meja. Patah balik ke pintu sebab nak pastikan pintu betol betol dah kunci.

Saya ambil laptop letak atas meja dan duduk di atas katil. Memang dalam kegelapan malam lah menyiapkan kerja tu. Hanya bertemankan lampu di meja kawan. Malas nak buka lampu di meja sendiri, SILAU sakit mata!!!

Tengah tengah syok siapkan kerja, rasa letih pulak. Ngantuk lagi. Rehatkan kejap mata. Pejam sambil duduk beralas bantal di belakang badan.

Tetiba ada kelibat bayang hitam datang ke sebelah dan terus menghempap saya. Memang besar lembaga tu. Saya nak angkat badan bergerak masa tu tak boleh. Wokey, saya tahu saya kecik. Tak payah nak cakap apa apa.... =.=
Habis semua ayat Al-Quran saya baca. Ada yang baca berulang-ulang sebab salah baca. Takut punya pasal.

Tetiba kawan saya masuk bilik dan lembaga tu terus hilang. Nampak macam dia pergi keluar melintas almari pakaian saya. Tak pasti tentang tu. Masa tu saya cuma fikir tentang diri saya sahaja.

Kawan datang duduk sebelah saya. Dia panggil panggil nama saya banyak kali baru saya menjawab. Saya agak terpinga-pinga masa tu. Macam mana kawan tu boleh masuk sedangkan saya dah kunci pintu. Dua kali saya pergi periksa. Saya tak lupa. Saya ingat lagi...Oh NO!!! 

Saya terus tanya kawan. Dia cakap pintu tak kunci. Lagi lah jadi pelik. Mulut terus laju nak cerita pasal tadi. Saya tak sempat habiskan ayat kawan dah suruh berhenti. Wokey, dia lagi takut.
Kami terus berbincang pasal powerpoint. Lepas kawan dah tengok powerpoint yang saya buat, dia terus balik bilik. Saya terus kemaskinikan apa yang patut. Lepas siap tu baru saya tidur. Tetap nak siapkan kerja walaupun dalam ketakutan. Sebab saya rasa pensyarah subjek tu lagi menakutkan dari lembaga hitam yang hempap saya!!!

Sampai sekarang semua tu masih jadi tanda tanya pada saya. Pelik kan??? Memang pelik tapi benar.

Sebelum tidur kena baca doa dan ayat Kursi untuk mengelakkan gangguan sebegitu. Letih macam mana pun atau sekejap mana pun nak pejamkan mata jangan lupa nak baca dua dua tu. Itu cara paling mudah.

7 comments :

  1. takut bile kejadian ni berlaku kt keliling kite. hurm.. EB penah jgk tgk..

    ReplyDelete
  2. aku suka makan maggi kembang..terasa banyaknya..hehe

    aku kagum dgn ko..bila ko rasa pensyarah lebih menakutkan..bagus!misi hantu tu gagal haha

    p/s:aku rasa mcm dah komen, so kalau ada 2 sowi..

    ReplyDelete
  3. hohoo.. mesti sedey pensyarah ko bila dia bace citer nie.. hehehee

    ReplyDelete
  4. pernah handle kes histeria kat sekolah...last2 saya yang dituju pulak...sampai sekarang masih terasa takut dan seram...

    ReplyDelete
  5. seramnyer ! pernah dengar gak org kena macam nih..

    ReplyDelete
  6. aku pernah gak ade pengalaman kene tindih ,adehh

    http://jambancomel.blogspot.com/2011/03/sistem-prepaid-uniten-menyusahkan.html

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_