Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

15 March 2011

Bukan majlis perkahwinan

Ini bukan cerita majlis perkahwinan, walaupun majlisnya nampak sangat meriah...
Serius, memang meriah sangat. Mengalahkan majlis perkahwinan. Padahal hanya majlis cukur jambul sahaja. Majlis cukur jambul untuk Puteri sepupu saya. Sepupu yang sebaya saya. Sepupu lelaki pulak tu. Haish, dia dah ada anak. Saya??? -No Komen-

Mula dari jumaat malam sabtu saya dah sibuk membuat persediaan. Menyediakan cenderahati untuk tetamu jemputan. Menyediakan bahan masakan untuk hari sabtu.

Hari sabtu sambung lagi kerja menyiapkan cenderahati untuk tetamu. Ikat reben pada kotak coklat. #comei

Hari ahad buat kerja di dapur. Membungkus makanan untuk bekalan sanak saudara yang datang dari jauh. Dah macam kilang lajunya bungkus makanan. 

Antara cenderahati yang diberi pada tetamu

Siap ada bunga telur lagi.
Tak ke meriah namanya tu???

Tengok buaian untuk si Puteri sangat chantek.

Saya yang sudah kepenatan.

Sangat seronok even kepenatan. Dapat berkumpul sanak saudara. #suka

3 comments :

  1. salam

    wow saya nak dok atas pelamin ni..:)

    ReplyDelete
  2. anim..aku nak dok dalam buaian tu.akhakha.weh, asal hg nie hah?!!!!!! bubuh gambar masa 17 tahun ke tu..kaakhak...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_