Kekecohan selalu berlaku sewaktu kehadiran kek batik ni. Tak kesah la walaupun hanya sekadar perkataan dan gambarnya sahaja. Masing-masing akan mula terliur..... hehehe... Sorry erk kawan-kawan... Saya buat kamu semua mengidam. Saya tau kek batik ni sedap... Rasa coklatnya yang mengancam, lembut, dan tak melekit.
Cukup cukup saya tak mau cerita bagaimana rasanya kek batik ni. Sat lagi kamu mengidam pulak tetiba. #serbasalah
Sebenarnya dulu saya tak reti pun buat kek batik ni. Saya hanya tahu makan sahaja. Setiap kali nampak kek batik di rumah orang, saya pasti akan terus mengadap kek batik tu sampai tak nampak kewujudan makanan lain.
Bila mama tengok anaknya ni macam batak sangat dengan kek batik tu, dia suruh saya tanya resepi pada makcik yang buat kek batik tu. Saya pun dengan tak malu tanya. Kek batik punya hal sanggup. hehehe...
Saya beli segala bahan yang diperlukan. Saya buat mengikut resepi yang diberi. Tapi tak jadi. Kenapa??? Kecewanya rasa. Tak jadi macam saya makan tu. Makcik ni tak baik tau main sorok sorok resepi. T_T
Saya tak putus asa. Cuba lagi. Cuba tambah marjerin dalam resepi, bagi tak nak melekit bila dipegang dengan tangan. Kek batik lembik pulak... Asyik mencair sahaja. Pantang keluar dari peti sejuk. Beberapa minit dah mencair, macam puteri lilin pulak dia tak mau kena panas.
Cuba tambah agar-agar pulak, supaya kek batik kenyal kenyal sikit dan tak jadi macam puteri lilin.
Sudah nampak kejayaannya di situ. Suka!
Lepas tu saya tetapkan betol betol sukatan untuk setiap bahan.
Hasilnya -----> Kek Batik Hanim
Setiap kejayaan itu memerlukan usaha yang gigih. Kita tak boleh putus asa. Perlu cuba cuba dan terus mencuba. Ganbate!!! ^_^
nak kek tu lagiiii
ReplyDeleteterliur..rugi tak mkn ari tu..tiba2 dah habis.huh~
ReplyDeleteyeah! cayalah!
ReplyDeletesyabas...
ReplyDeletepasni wat bebanyak..
n jual.. okey tak
bagus sebab tak putus asa :)
ReplyDeletehidup biskut marie!!
alaa mcm sgt sedapppp jer.. nakkkk
ReplyDeletebtl ape org ckp kan usaha tangga kejayaan. yg penting jgn putus asa.
ReplyDeleteteringat masa kat Poly dulu.. sy meniaga kek batik nie dgn kawan² ^.^ best gila..
ReplyDeleteaku kawin bagi kek ..=)
ReplyDeletekek batik 20 sen kak......hehehe
ReplyDeletenak kek batik lagikkkk..nakkkk!! :P
ReplyDeleteMalangnya Nasib ku ini..:(