Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

29 March 2011

Hanya suka homemade mee

Selamat pagi semua!


Dah bersarapan ke belum? Belum lagi??? Haish, awat tak sarapan lagi? Baik p sarapan dulu sebelum baca. Sat lagi ada pulak terliuq nengok gambar makanan ni.


Homemade mee yang segar dari rumah.
TERBAIK!!!


Siapa yang suka makan mee? dan siapa yang tak suka makan mee?
Mesti jumlah yang tak suka lebih tinggi berbanding yang suka. Sebab apa ada yang tak suka makan mee ni? Sebab rasa mee yang di jual kat pasaraya atau kedai kedai runcit tak sedap?


Saya dulu pun tak suka makan mee. Lebih suka pilih keuw teuw. 
Tapi semenjak mama dah pandai buat mee sendiri ni, saya SUKA sangat makan mee! Mee yang mak saya buat tiada campuran kapur yang banyak seperti mee yang dijual kat kedai kedai tu. Apa bukti???
  • Boleh tau dari segi rasanya. Homemade mee ni tiada rasa pahit pahit kapur.
  • Boleh tau bila kamu makan mee kari. Cuba kamu masukkan mee yang dibeli dari kedai ke dalam mangkuk dan tuang kuah kari. Apa akan jadi? Kuah kari akan bertukar kepada warna kemerahan. Homemade mee ni pulak takkan mengubah warna kuah kari tersebut menjadi kemerahan seperti mee yang dibeli di kedai. Sebab apa jadi camtu??? Sebab, kandungan kapur dalam adunan mee tu lah!


Mungkin lepas ni kamu yang tak suka mee ni boleh cuba makan homemade mee ni. ^_^
Nak resepi? Tak tau lah. Mama je yang reti buat. Saya tak tau! hehehe...
Kalau berminat nak beli bagi tau lah saya. Mama memang buat mee ni untuk dimakan dan dijual.

6 comments :

  1. alahi mintak kat mama resepi homade mee nie

    ReplyDelete
  2. err..sedapnyeeee...hehe..
    terasa lapar lak... ;p

    ReplyDelete
  3. tak suka bila order mee dekat kedai, sekali dapat pahit..terbantut nak makan..

    ReplyDelete
  4. wah boleh ganti makan maggi, maggi dahla banyak campuran lilin, tapi sebab dah suka sangat..kadang makan juga..=_=

    ReplyDelete
  5. kalau makan mi kat kedai n rasa kapur tu memang spoil mood terus

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_