Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

23 March 2011

Kini tinggal kenangan


Di twitter memasing sibuk mengimbau kembali kenangan masa SPM dulu. Mana taknya, hari ni kan adik-adik kita menunggu result keluar. Mesti berdebar-debar tu. Dup dap Dup dap ~

Saya tak mau cerita pasal result saya, sebab saya tak memang tak berapa ingat. Kena p geledah fail sijil dalam bilik... Tak mau la, maleh....

Apa yang saya ingat saya dapat A1 untuk subjek Pendidikan Al-Quran dan As-sunnah. Kalah subjek Bahasa Melayu. Bahasa Melayu pun dapat A2 je. Memang terserlah yang saya ni pelajar sekolah agama. hehehe...
Tak percaya saya dulu sekolah agama??? Sila percaya, saya dulu sekolah di SMKA Kuala Selangor.

 Sekarang ni rindu pulak nak dengar tazkirah camni lagi.
Kalau dulu bukan main lagi tersengguk-sengguk kepala time tazkirah.
hehehe... kantoi

 
 Kelas saya masa tingkatan 5.
Kelas sains tulen.
Cuba cari mana saya???
Mana ada nak cam saya yang mana, nampak kerusi dan tudung sekerat tu je. lol

 Kenangan choral speaking.
Latihan terakhir sebelum pertandingan.
Kalah but still enjoy... ^___^

Kenangan kawad di Stadium Kuala Selangor.
Cari mana saya???
Kalau anda jumpa memang hebatlah, sebab saya pun tak nampak saya yang mana. ~ huh

Seronok masa pertandingan kawad ni. Banyak kenangan indah. Persembahan kawad kami yang sangat mabeles. Terpegun penonton tengok. Cikgu kami kata camtu. 
Patutnya kami dapat no.1, tapi juri tu pilih kasih. Boleh pulak pasukan sekolah yang salah buat persembahan tu, juri suruh keluar dan masuk buat balik. Sabarjela.....

 Gambar saya masa sekolah.
Wokey, saya tau masa ni saya gelap.
T___T

Kenangan SPM sekolah memang best!!!


Picture credit to Cik Fana

6 comments :

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_