Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

10 March 2011

Tak bedung punca jalan kengkang?

Siapa pernah dengar orang tua tua cakap jika bayi tak dibedung, nanti dah besar jalan kengkang? Jalan kengkang aka jalan bersepah aka jalan macam itik, atau apa apa yang sewaktu dengannya. 
Tak pernah??? Takkan saya seorang sahaja yang pernah dengar?


Lelaki jalan kengkang normal tapi bila perempuan jalan kengkang rasa sangat tidak normal. Hilang segala keayuan. 

Masa kecik dulu saya pernah ditegur oleh orang sekeliling tentang cara saya berjalan, terutama saudara mara. Mereka kata saya jalan kengkang. Lepas tu mulalah terungkit segala kisah saya masa bayi. Mama kata saya tak suka dibedung. Saya akan menangis kepanasan. Semuanya pun kata saya jalan kengkang sebab tak dibedung. #adeh


Kata kata mereka buat saya rasa ingin berubah supaya dapat berjalan lebih sopan. Bermacam-macam cara saya lakukan. Ikat kaki masa tidur pun ada. Sanggup demi kebaikan. Tahun demi tahun saya berlatih untuk berjalan lebih sopan.


Dan kini saya berjaya! Alhamdulillah.... Usaha bertahun-tahun yang membuahkan hasil.


Buktinya pertandingan kawad kaki Daerah yang saya sertai masa sekolah menengah dulu. Jika saya masih jalan kengkang mesti tak terpilih untuk sertai pasukan wakil sekolah ni. Tak pasal pasal berteraburan jadinya dan terus kalah. hehehe....

Teringat kembali saat kegemilangan ini.
Rindu rasanya nak berkawad semula
Picture credit to Fana



Perubahan pada diri kita hanya kita sahaja mampu lakukan. Orang sekeliling sekadar penggalak. Mahu berubah atau tidak semuanya bergantung kepada kita. ^__^

9 comments :

  1. salam

    jalan kengkang..
    haha xkan sampai mcmtu sekali kan.
    asenya jalan tidak selurus je..
    zalimnya kengkang haha.. wink! :)

    ReplyDelete
  2. aah,btul2..mak cik ila mmg ckp macam tu..anak buah yang tak bedung,semua jln kengkang.heheheh

    ReplyDelete
  3. kalau kitorang tangan pengkor pun sbb tak bedung.

    tapi kan, kalau org tu jenis naik motor sgt, selalu boleh jadi kengkang jugak...

    umm, rasanya kalau kengkang boleh je kawad kaki...idokla berterabur sgt kot, sbb kawad kaki org tu kena disiplin, bab kengkang rsnya boleh...

    eh eh, akak dulu prep komander ;)

    ReplyDelete
  4. hahaha Animmmm haih... kelakor aaa .. adelak menang kawad sal praktis kaki tak kengkang..

    ReplyDelete
  5. wearing heels 4-5 inchs pun one the way nak avoid jln dari kengkang..sbab kite kena pndai control aligment & balancing..hikhikhik..thats y i loveeeee it...:PP


    Bila NuReLLe masuk Dapur #2

    ReplyDelete
  6. Apezs, dah mereka cakap jalan kengkang terima sahajalah... huhuhu

    mzhany dan astina, saja je kaitkan dengan kawad tu... Sebab gambar berjalan ala model atas pentas tak ada dalam simpanan... hehehe

    Pakai kasut tumit memang cara paling bagus untuk elakkan jalan kengkang. Tapi tak boleh pakai selalu, tak berapa bagus.

    ReplyDelete
  7. ooo yes..! Kite menang sampai peringkat negeri ke? last aku igt kite lawan kat sbpi rawang. wakil daerah kan????

    ReplyDelete
  8. saya nak bagitau ni ye,saya ni kengkang,sangat sedih sebab kawan2 saya cakap saya kaki badut :(

    ReplyDelete
  9. ada x rawatan untuk luruskan kaki balik

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_