Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

28 March 2011

Tart Gulung buatan Hanim



Asal sebut tart gulung sahaja mesti orang akan ingat Hari Raya. Kena tunggu Hari Raya dulu ke baru nak buat tart gulung, baru nak makan ??? 

Saya memang tak kira hari apalah nak buat tart gulung ni. Asal ada bahan dan ada mulut yang nak makan, saya buat. Senang je pun buatnya. Tak susah!



Tart Gulung


Inti Nenas :
  1. Buang kulit buah nenas dan potong. Nak potong bulat bulat ke panjang panjang. Dua-dua pun boleh.
  2.  Kisar buah nenas yang telah dipotong tadi.
  3. Tapis nenas yang telah dikisarkan. Asingkan air dan hampas nenas tersebut.
  4. Ambil hampasnya dan masukkan dalam kuali.
  5. Masak hampas nenas tadi. Air nenas tu tak di gunakan dalam buat inti ni, so kamu boleh minum saja.
  6. Masukkan cengkih dan gula secukup rasa.
  7. Masak sehingga kering dan bertukar warna keperangan gelap.
  8. Sejukkan beberapa minit.
  9. Kepal membujur supaya mudah nak masukkan dalam kulit tart dan gulung.

Kulit Tart :
  1. Hancurkan satu ketul butter (250g) dalam sebuah mangkuk.
  2. Tuang 2 1/2 cawan tepung ke dalam mangkuk.
  3. Campurkan 2 sudu tepung kastard dan 1 sudu gula kastor ke dalam adunan kulit tart.
  4. Adun semua campuran sehigga sebati.
  5. Gunakan acuan semprit untuk dapatkan bentuk seperti tart gulung di atas.

Sapuan atas Tart Nenas:
  1. Ambil telur. Asingkan putih dan kuning telur. Hanya gunakan kuning telur untuk sapuan atas tart gulung ini.
  2. Tuangkan sedikit madu ke dalam kuning telur dan pukul sebati. 
  3. Sapu atas tart gulung sebelum di bakar.


Tak susahkan???



SELAMAT MENCUBA!!!

3 comments :

  1. rajin cik anim ni wat kueh! da lulus bole kawin.. bukan 2 thn lagi tp 2 hari lagi hahaha.. nape tak buat semalam .. nak ckit.. nakkkkkk

    ReplyDelete
  2. ha'a memang tak susah, lagi2 kalau dah selalu buat mcm cik Hanim memang expertla :D

    ReplyDelete
  3. hanim, sedapnyer...akak suka sgt tart ni, tak kesah la gulung ke ape ker...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_