Isu curang dalam kehidupan memang selalu ada. Tak boleh nak lari dah. Kalau tak hadapinya sendiri pun, dengar dan perhati pengalaman orang lain. Kes curang dalam hubungan kekasih tak de la berat mana sangat pun nak dibandingkan dengan kes curang dalam sebuah perkahwinan.
Bukan setakat suami je ada curang, isteri curang pun ada jugak.
Ada beberapa punca pasangan itu curang berdasarkan pemerhatian saya :
- Pasangan duduk berjauhan. Kisah ni saya pernah perhatikan kat opis dulu. Opis mana tu biarlah rahsia. Si suami duduk berjauhan dengan si isteri, hanya seminggu sekali berjumpa. Lagi-lagi masa si isteri tengah pantang selepas bersalin dan duduk kat rumah kampung. Mau dua minggu sekali jumpa. Masa lain yang tak jumpa tu p jumpa orang lain. Mula-mula memanglah jadi rakan borak je sebab sunyi. Tapi lama-lama berlarutan pulak. #parah
- Perubahan fizikal pada pasangan. Inilah masalahnya bila pilih pasangan kerana paras rupa fizikal. Bila fizikal pasangan berubah, hati pun berubah. Mula nak cari lain.
- Hasutan kawan. Hari-hari cerita bertapa bestnya pasang lagi satu. Bangga pulak tu cerita kecurangan dia pada orang lain. Nak pulak yang dengar tu kurang waras, terus termakan hasutan. #bahaya
- Godaan pihak ketiga. Inilah yang paling bahaya. Semua orang perlu berhati-hati. Ustaz pun boleh terperangkap tau. Kes ni dah terjadi kat kampung saya sendiri.
- Memang seorang play. Sejak sebelum berkahwin lagi memang seorang player. Jadi sifat tu memang susah nak buang. Sebenarnya, boleh sahaja ubah sifat tu. Tapi kalau diri sendiri memang tak nak berubah jawablah kat akhirat nanti.
- Tiada lagi cinta dan keserasian. Ini alasan yang paling saya tak boleh terima. Cinta dan keserasian bukan boleh dicari tapi dibina. Nak binanya memerlukan usaha kedua-dua belah pihak.
- Balas dendam. Bila si Suami curang, si Isteri tak puas hati terus curang jugak. Kalau kau boleh ikut pintu depan, aku ikut pintu belakang. Masing-masing nak tunjuk hebat. #apakejadahnya
Tak kesah pihak ketiga ke diri sendiri ke atau pasangan, masing-masing adalah penyumbang kepada masalah ini. Perlu muhasabah diri sebelum nak tuding jari pada orang lain. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Perlu berbincang. Jangan bertindak melulu.
Sudah, tak mau mebebel panjang-panjang. Takut. Saya tak kahwin lagi. Wallahhualam...
Ini segmen yang dianjurkan oleh Bro Framstone berdasarkan isu yang diutarakan oleh Nurelle.
Sesiapa yang nak join segmen ni boleh klik pada gambar atas tu. ^__^
he3.... memang susah woo nak pk pasal curang ni...harap2 jganla aku terkena dengan sesapa yang akan curang...hu3...
ReplyDeletebak kata naza the times."curang itu indah"hahaha..tapi topan bukan seorang penCURANG..^_^
ReplyDeletenak pilih suami/isteri:
ReplyDeletea) tengok agamanya
b) tengok keturunannya
c) tengok hartanya
d) tengok paras rupanya
dapat 2 daripada 4 pun ok lah. yang lain serahkan kepada Allah s.w.t. jodoh di tangan Tuhan.
minta doa banyak supaya dapat suami yang soleh. hehehe...
nice entri.
menariknye hujah2 dari hanim ek
ReplyDelete