Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

04 December 2010

Blog oh Blog





Segmen Ben Ashaari lagi??? Kenapa suka join segmen dia??? Berkerut kerut dahi. Saya suka join segmen Ben Ashaari ni sebab soalan soalan yang diajukannya. Simple tapi penuh makna. Tang mana yang bermakna. Try test cari tang mana. Hehehe...

 

Jangan malu jangan segan klik la picture kat atas untuk join Segmen Hujung Minggu : Blog oh Blog. Masih sempat. Pintu segmen ditutup pada tengahari 5.12.2010. Pasti akan ada kebaikannya untuk anda lepas join segmen tu.



Meh check jawapan saya. If ada salah silap sila bagi tahu. *wink2*



 
Usia anda berblog ..
Belog BICARA GADIS ni baru setahun jagung. Masih terkedek kedek nak kejar belog lain yang bagus macam [ Ben Ashaari ].

 
Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog
Tiada sesiapa yang pengaruhi saya buat belog. Saya sahaja yang pengaruh orang lain. Hehehe...
Saya explore pasal belog kat Google. 
Mula start buat belog kat friendster. Still remember friendster? Dulu famous sebelum facebook muncul.
Belog kat friendster macam kurang menyeronokkan. Saya try buat belog kat wordpress. Sangat complicated. Saya masa tu agak buta IT untuk buat benda benda complicated ni. Last last saya jumpa blogspot. Memang best. Asyik. Terus delete akaun friendster. Memang lupa tanduk lepas jumpa gading bertuah.

 
Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog
Belog itu seumpama diari hidup atau erti kata lain luahan rasa yang terpendam. 
Tidak semua orang petah berkata kata di hadapan khalayak ramai. 
So belog merupakan satu medium untuk kita luahkan apa sahaja pendapat yang terbuku di minda.

 
Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog ..
Sangat malu untuk katakan ini. Tapi saya mesti akuinya. 
Inspirasi saya dalam dunia belog ini adalah Hanis Zalikha.
Siapa tak kenai Hanis Zalikha. Meh saya pok kepala. Hehehe
Sangat kagum dengan cara dia berbelog. Sangat bagus.
Saya harap suatu hari saya juga akan dapat pendapatan dari belog sebagaimana dia.
Dia boleh gunakan duit blogging tu untuk membiayai pembelajarannya di UiTM. 
Best kan? Tak perlu lagi pinjaman PaMa or PTPTN.
Followers dia juga ramai. 
Lepas tu berduyun duyun nak komen setiap kali dia buat entri.
Sangat best.... ^_^

 
Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT
Blog adalah ibarat diari dalam internet. 
Tak perlu bawa diari yang mudah koyak tu ke hulu hilir untuk tulis apa sahaja yang kamu ingin luahkan. 
Blog juga boleh digunakan untuk simpan segala resepi or apa sahaja ilmu yang ada untuk dikongsi. 
Sangat mudah.

 
Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ? 
Belog ni memang asyik. 
Setiap hari saya tak perlu fikir ke mana mahu pergi untuk isi masa lapang. 
Hanya pergi depan laptop and luangkan masa bersama belog. 
Di sini juga saya dapat kongsi segala ilmu yang saya ada. 
Tak perlu lagi biarkannya dalam kotak lama sehingga di makan anai anai dan akhirnya hilang begitu sahaja. Merugikan.

Melalui hari hari dengan belog memang seronok. Kawan makin bertambah. Ilmu pun meningkat. 
Tak perlu jadi pelakon or penyanyi untuk di kenali ramai. 
Tak perlu jadi seperti Siti Nurhaliza untuk nama naik kat search engine. 
Cukuplah sekadar berbelog. Berbelog juga adalah seni.

 Penat membebel panjang lebar. Tepat tepat 100 patah perkatan. Macam buat karangan sekolah. Tapi karangan ni pasti teruk bila di periksa oleh cekgu Bahasa Melayu. 


I LOVE BLOGGING


 
 
 

4 comments :

  1. blog oh blog...mamat pun dah join...singgah laa...

    ReplyDelete
  2. Salam kenal dear..good job and keep on blogging ok..:)

    ReplyDelete
  3. salam singgah, keep up blogging ya, nice entry, visit mine too yaa, hehe <3

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_