Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

07 December 2010

Hadiah dari China


Bagaimana rupa negara China tu? Mereka kata negaranya besaq... Barang barangnya murah.... Hanya boleh terbayang dek akal sahaja tapi tak sampai kaki nak melangkah ke sana...


5hari my dad di sana, dari hari Rabu shinggalah Ahad. Buat apa...??? Berjalan jalan rehatkan badan bersama rakan rakan kerja. Seronok kan...???


Tapi tak apa... Even saya tak dapat melangkah ke China, saya dapat gak barang yang diterbang terus dari sana. Syiok abes... Memang tak sangka akan dapat hadiah tu....


Abah beli 2set. Nasib baik anak perempuannya ada 2 sahaja. Save budget.
Tetiba saya and adik [Fatin] bersuara pada mama. Kenapa beli emas? Tak minat sangatlah... Baik beli handbag ke kasut... Aiseh, apa punya perempuan dah... Orang lain berebut nak...... Hantuk kepala jap.... Alhamdulillah... Baru sedar nak ucap syukur...


Pertama kali memiliki set emas putih.... Wow !


Emas bertakhta permata and jed. Tulen punya ma.... Siap ada sijil lagi. Sijil apa pun tak pasti, yang pasti bukan sijil nikah. Agak buta dengan dunia emas emas ni.
Abah cerita ramai yang rambang mata nak pilih apabila melawat kilang proses emas tu. Dengar sahaja kilang emas. Hati berbunga bunga.... Seronoknya tengok emas di proses.... ^_^  ~  ZzzzZzzzzz *mau ke China*



1 comment :

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_