Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

26 March 2015

Miss Engineer bukan Tomboy



Situasi 1 :
*Perbualan antara saya dan kenalan di twitter*

"Akak, ayah tak bagi saya belajar bidang engineering."
"Kenapa pula ?"
Sebenarnya saya dapat agak kenapa ibu bapa tidak menggemari anaknya memilih bidang engineering. 
Saya saja buat-buat tanya macam tak tahu. Lalala ~
"Ayah tak mau anaknya jadi kasar macam lelaki."


Situasi 2 :
*Perbualan antara saya dan wartawan Harian Metro*

Pot pet pot Pet (pot pet sahajalah ceritanya bila tuan empunya diri kurang makan kismis)
"...biasanya engineer ni ..."
Tak sempat wartawan habiskan ayat, saya terus memotong 120km/j.
"Tomboy ?"
Saya menyoal dengan iringan gelak comel saya. 
(Cukup sekadar baca. Jangan bayangkan saya gelak comel. Kang ada yang muntah berbaldi-baldi pula.)
"Saya sama je macam perempuan lain yang biasa. Cara berpakain dan berjalan tak jauh beza pun dengan perempuan lain. Takde pula saya jalan kengkang kengkang dan bercakap kasar."
Cuma kadangkala jalan nampak bersepah bila laju. Hehehe


Situasi 3 :
*Perbualan antara kawan-kawan bila keluar beramai-ramai*

"Jangan tak sangka dia ni Engineer."
"Tak macam Engineer pun. Lembut je."
Saya yang mendengar tak tahu nak buat reaksi muka macam mana. Sedih atau gembira ? Huh ...


Tiga cerita yang berbeza tetapi maksudnya serupa.


Semasa di Universiti, saya lihat yang bersikap lasak hampir kepada sifat lelaki itu pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Syhhh... Jangan bagi tau kawan-kawan.

Tak sangka pula perempuan yang menceburi bidang Kejuruteraan Awam juga dianggap kasar dan  lasak seperti lelaki.

Saya berbaju putih bunga kecil merah jambu. Saya nampak seperti tomboy ke pakcik ?

Hurm... Mungkin perempuan berbaju kurung nampak ayu walaupun dia kayu.
Ok Ok ... Saya belanja satu gambar saya pakai seluar.

Sat na ... SAT

*
*
*

Taraaa ...

Gambar zaman kegelapan


Tomboy ka ?
Tak tahu la nak kata lagu mana kalau dah pakai baju kembang semangkuk dengan selendang merah jambu pun boleh nampak tomboy ... Lagu Siti Nurhaliza boleh ? Hee


Sebenarnya bidang kerja yang lasak belum tentu menjadikan diri seorang perempuan tu tomboy.

Bagi adik-adik (perempuan sahaja) yang mempunyai minat setinggi Gunung Everest terhadap kerjaya Jurutera, adik-adik haruslah yakinkan Ibu Bapa yang adik ni adalah perempuan Melayu terakhir.

Rajinkan diri melakukan kerja-kerja yang menyerlahkan sifat keperempuanan. Errrr... Pelik je bunyi. Rasanya lebih sedap lagi bunyi sifat kewanitaan. Hehehe.

Kalau tak reti nak pakai kain batik dan suka duduk terkangkang depan tv tengok perlawanan bola sepak tanpa mengendahkan orang sekeliling atau suka main sepak takraw dikala petang hari, memang akak pun tak boleh nak yakinkan Ibu Bapa awak dik oiiii ....




SEMOGA BERJAYA. Senyum sikit ...




6 comments :

  1. Replies
    1. Hehehe... Terima kasih. Segan pula saya.

      Delete
  2. huhuhu.

    masa kecik dulu la, saya macam lelaki (appearance je). dalamannye lemah lembut, penakut, kuat merajuk.

    saya ni memang agak kasar bercakap dan kepala angin, ikut cakap saya je betol. most of the man dalam office panggil saya maskulin. baju kurung hanya dipakai bile saya kena pegi presentation sampai bos buat peraturan kena pakai baju kurung hari jumaat. kihkihkih.

    tapi saya bukan tomboy.

    bile saya dah ada pakwe (sekarang dah suami), he changes me a lot.

    first of all, pakaian. memang lately saya rajin pakai skirt. tak pernah pakai lansung dulu. kalau tak pergi site memang saya pakai baju kurung di office.

    kemudian attitude kot. dari bercakap kasar-kasar, jadi cakap elok-elok.

    tu je nak komen.

    kbai,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ! Tahniah... Syoknyaaa... InshaAllah lepas kawen nanti saya juga akan jadi lebih lemah lembut.

      Delete
  3. Hai...dah brpa lama kerja jadi engineer? Ambik civil ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai... Alhamdulillah dah 4 tahun jadi engineer. Ye... Saya dulu ambil Ijazah Kejuruteraan Awam.

      Delete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_