nyum nyum nyum ... Sedapnya minum susu panas bersama Chocolate Chip Cookies sambil duduk borak dengan family di depan tv . Selalu sahaja terbayang menikmati Chocolate Chip Cookies buatan sendiri . But today its become reality . Yipee...
Empat kali mencuba untuk mencari resepi yang paling best .
Pertama kali cuba keras . Baling ke dinding pun tak pecah . Ini gara gara malas nak blend gula before mix ngan marjerin . Padan muka . Tong sampah tu yang kenyang .
Kali kedua , menjadi . Kembang elok . Crunchy . Chantek . Tapi rasa cam agak agak pahit sedikit . Mama kata manis jugak . Modify lagi resepi . Nak try campur shortening dalam bancuhan biskut . Nak biskut yang crunchy but still ada rasa kelembutannya .
Kali ketiga percubaan .....merajuk pulak , tak mau kembang . Bantut . But its taste still nice . Lembut .. Cuma crunchy tu yang kurang , and rasa pahit tu masih ada . Fikir punya fikir ... Taraaaa... Jumpa dah puncanya . Serbuk koko tu punca timbul rasa pahit... Tukar serbuk koko lain and modify lagi ... Tak putus asa ...
Kali empat percubaan .... Yipeee...! Berjaya ... and hasilnya ....
sangat mengancam .....
Crunchy and ada rasa kelembutannya
Nak jugak ?
Ambil resepi ni >>>>
Bahan :
1. 2 1/2 cawan tepung gandum
2. 1 sudu kecil soda bikarbonat
3 . sedikit garam (hujung sudu sahaja)
4. 1 1/2 cawan marjerin
5. 1/2 sudu kecil lemak sayur (shortening)
6. 4 sudu besar gula halus (gula yang di blend)
7. 2 sudu kecil serbuk koko
8. 1 sudu kecil vanilla
9. 2 biji telur
10. 2 sudu besar potongan almond (ikut suka)
11. 1 cawan coklat chip (ikut suka)
Cara :
1. Ayak tepung , soda bikarbonat and sedikit garam .
2. Pukul marjerin dan gula halus sehingga berkrim .
3. Masukkan telur dan vanilla . Pukul sekejap .
4. Tambahkan shortening . Pukul lagi sekejap .
5. Masukkan serbuk koko dan tepung gandum sedikit demi sedikit . Pukul sehingga sebati . Bancuhannya seperti bancuhan kuih jemput jemput .
6. Panaskan oven 170 oC selama 10 minit .
7. Bulatkan adunan dan letakkan chip coklat .
8. Bakar selama 20 hingga 25 minit . 22 minit pun sudah memadai .
SELAMAT MENCUBA !!!!
rajin sungguh anak dara sorang ni...hehe
ReplyDeletebile nak bagi resipi biskut konkrit plak.. hehe
ReplyDeletenk kena cuba nk fav sy ni....
ReplyDeleteto emymilia
ReplyDeletehehehe... rajin lah nak makan....
to qamarul
coming soon
to nick
cuba jangan tak cuba ... ^_^