Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

23 November 2010

Stop Child Abuse



 Bermacam macam isu kita pernah dengar mengenai Child Abuse. Child Abuse bukan sahaja melibatkan penderaan fizikal. Child Abuse merupakan apa sahaja perbuatan zalim yang dilakukan ke atas kanak kanak, tak kiralah sama ada secara fizikal, mental, or seksual.




Masih ingat lagi pada wajah kanak kanak perempuan ini ?


Nama adik itu ialah Syafia Humairah Sahari. Dia mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya. Kanak kanak itu diperlakukan seperti barang yang tidak mempunyai perasaan. Dimana letaknya perikemanusiaan seorang insan?
Apa yang membuatkan saya lebih kesal ialah jiran jiran memberi alasan tidak membantu sebab ingatkan lelaki itu adalah ayahnya. Adakah tindakan zalim yang dilakukan pada adik Syafia wajar dilakukan oleh seorang ayah? Ini menunjukkan masih ada rakyat Malaysia yang tidak peka pada keadaan sekeliling. Dalam hal ini ' menjaga tepi kain ' orang perlu diguna pakai.


Selain kes penderaan fizikal seperti adik Syafia, saya juga pernah dengar kes yang dikendalikan oleh makcik. saya. Kes penderaan seksual. Seorang kanak kanak perempuan lingkungan 5tahun dirogol oleh bapanya sendiri. Bapa dia ni manusia ke binatang sehingga sanggup memperlakukan anaknya sebegitu? Kejamnya !


Sebenarnya banyak lagi kes penderaan kanak kanak yang selalu diwar-warkan, tetapi saya hanya bagi dua contoh untuk membuka mata kita tentang apa yang berlaku.


Berita berita tentang Child Abuse membuatkan saya terfikir apakah dunia ini sudah tidak selamat lagi? Kanak kanak pasti akan hidup dalam ketakutan jika masalah ini  tidak dibendung. Takkan kita hanya duduk membaca and mendengar, lepas tu cakap kesiannya budak ini. Wajarkah?
Kita harus bangun dan bertindak membantu menangani masalah ini. 



" Raise your hand, Stop child abuse NOW ! "




unicef



Saya berharap apa yang berlaku pada adik Syafiah tidak akan berlaku pada kanak kanak lain.



Lets get on board to stop child abuse.
 
 
 

1 comment :

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_