Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

18 November 2010

Otak oh Otak


Ermmm,,,
Senyap seketika. Membayangkan rupa otak manusia. Macam mana erk rupanya? Tak pernah pulak saya tengok. Otak lembu ada la. Baru semalam tengok. Abah bawa balik kepala lembu yang dikorban semalam.
Berjalan dah mula bongkak pandang ke atas bila ternampak kepala lembu di dapur. Rasa macam nak berjalan melekat kat dinding macam cicakman supaya tak nampak rupa kepala lembu  tu. Elak punya elak, last last terpaksa jugak tengok. Kepala lembu tu bukan kecik macam kepala ayam yang boleh disembunyi dari pandangan mata. Haish, saya ni memang agak geli geli sikit tengok kepala kepala yang putus dari badannya... 
Tekturs daging kat kepala lembu lebih halus dari daging pada bahagian lain. Eh, boleh tau pulak. Tadi geli. geli Hehehe... Geli terus menghilangkan diri bila dah dimasak. Abah buat sup aje daging tu. Kepala lembu perlu dibakar and disiat siat dagingnya sebelum dimasak. Sangat sedap bila teknik memasaknya betol. Macam Hung dalam top chef season3.



Otak manusia perlu dijaga supaya takkan jadi macam otak lembu. Orang kata otak lembu sedap. Tapi saya geli pulak. Mama kata makanlah kalau nak jadi pandai macam lembu. Ok... I understand...



 Ada 6perkara yang boleh menyebabkan kerosakan pada otak :

No Breakfast
Sesiapa yang tidak mengamalkan sarapan pagi akan menyebabkan tahap gula dalam darah rendah.
Ini akan menjadikan nutrien yang dibekalkan kepada otak tidak mencukupi.
Jangka masa panjangnya, kita akan mengalami brain degeneration.


Overeating
Makan berlebihan boleh menyebabkan otak kita semakin pasif.
Bila kita makan terlalu kenyang kita akan rasa mengantuk and malas sahaja.
Otak macam tak cukup oksigen.


Smoking 
 Merokok adalah perkara paling bahaya untuk otak.
Sebab merokok mengundang Alzheimer disease. 

High Sugar consumption
 Jumlah pengambilan gula yang tinggi akan menyerap protein and nutrein.
Keadaan ini akan mengganggu perkembangan otak.
Amalkan sikap kurangkan gula dalam pemakanan
and tambahkan manis dalam senyuman.
Senyum sikit.
Alahai tomeinya



Air Pollution 
 Otak merupakan pengguna oksigen paling tinggi dalam tubuh badan kita.
Semakin banyak udara kotor yang disedut, 
semakin kurang oksigen yang dibekalkan ke otak.
Dah macam buat hipotesis untuk jawab soalan Sains masa UPSR dulu.
*_^

Sleep Deprivation  
 Tidur membolehkan otak kita rehat.
Kurang tempoh masa tidur, 
makin bertambah sel otak yang mati tak dapat rehat. 
Tidur mengikut keperluan. 
Masa tidur orang dewasa antara 5-6 jam.

Wah, dah macam doktor pulak. Hehehe... Saya dapat maklumat ni dari kawan. Dia hantar e-mail. 
Sharing is caring.
 rite ?




p/s : Sila amalkan ke enam enam perkara tu if rasa dah tak sayang lagi pada otak sendiri.


 

No comments :

Post a Comment

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_