Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

01 November 2010

Tinggi metabolisme , Badan maintain slim




Makan banyak pun badan still begitu . Kurus . Tiada pengembangan . Paling maksimum pun cecah 45 kg . Ada yang jeles melihat saya . Boleh makan sesuka hati . Tapi saya inginkan badan yang agak berisi , ala ala montok gitu . Hish , apalah manusia ini . Tak reti bersyukur langsung ! Ok , saya suka badan saya ini .


Metabolisme yang tinggi punca saya maintain slim . Yea ... serius ... tak tipu punya ....



Ada cara untuk tingkatkan metabolisme . Tak perlu keluarkan duit banyak banyak pun boleh .



1. Luangkan masa untuk bersenam . If dah terlalu busy sehingga tak ada masa nak jejak kaki kat padang or kemalasan melanda diri nak keluar , lakukan senaman di rumah pun boleh . Melakukan aktiviti mengemas rumah pun satu senaman . Antara aktivti yang dapat membakar kalori dengan tinggi , iron baju , sapu sampah , membasuh , mop lantai . Di rumah saya mop lantai hanya guna kain bukannya mop . Ini juga salah cara untuk bersenam ala ala bajet gitu . Hehehe...
Lagi satu tips dari Dato' Siti Nurhaliza di radio Hotfm, parking kereta jauh sikit dan berjalan. Itu pun dah dikira senaman.


2. Beranikan diri untuk menikmati makanan pedas . Ini cara paling cepat membakar kalori . Tapi makan tu biarlah berpada . Sat lagi sakit perut saya dipersalahkan . Tak mau, Tak mau...


3. Minum teh hijau . Dapat meningkatkan kadar penyerapan oksigen dan meningkatkan kadar metabolisme . Boleh awet muda jugak .






Ada beberapa jenis makanan yang saya tahu akan menjadi penghalang kepada kadar metabolisme , iaitu gandum , susu , gula , kacang soya , kacang tanah , jagung , dan telur .






Cheh , saya ni dah macam pakar pemakanan pulak . Hehehe... Saya cuma berkongsi apa yang  saya tahu . Ketiga-tiga cara itu memang berkesan . Cuba lakukannya . GOOD LUCK !




2 comments :

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_