Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

31 October 2010

Peristiwa di Majlis Perkahwinan



Kenduri kawen semakin bersepah sepah sekarang ini .Merata rata . Baru sedar sejak usia meningkat . Sebelum ini tak pernah nak ambil port pun .

Setiap tahun pasti ada sahaja trend baru yang wujud dalam majlis perkahwinan . Majlis perkahwinan zaman dulu lebih banyak diadakan di rumah . Sekarang orang lebih gemar adakan di dewan or hotel . Lebih senang katanya.


Berapa banyak majlis perkahwinan yang meninggalkan kesan mendalam pada kita . Memang takkan lupa sampai bila bila . Pasti ada . Saya ? hehehe ... ada lah jugak !


Masa zaman muda muda dulu saya suka sangat majlis perkahwinan . Lagi lagi majlis perkahwinan sedara mara sendiri . Boleh makan banyak banyak . teeheee...

Sekarang suka jugak . Tapi mood suka akan pergi terbang jauh bila ada suara yang tanya , hanim bila nak kawen . Opsss... No komen ... Dah macam artis jawab soalan wartawan . Wartawan jugak tu . Wartawan tanpa gaji ....

Masih ingat lagi wedding makcik bongsu saya pada tahun 1998 . Masih darjah 6 . Pertama kali menyibukkan diri . Tak sedar yang diri tu masih kanak kanak . Sibuklah bantu sepupu sepupu buat bunga telur . Banyak pulak tu nak kene siapkan . Sampai tertidur tidur sebelah bunga telur . Hish Hish .

Nenek saya ada pantang larang untuk pengapit pengantin . Tak boleh bagi budak budak muda belasan tahun jadi pengapit . Nanti cepat kawen . Dari mana datangnya pantang tu pun tak tau . Saya pernah jadi pengapit masa berumur 16 tahun untuk my cousin . But I'm still single until now . Lupakan sahaja pantang tu .

Hati terasa geli bagai di usik usik dengan bulu ayam bila teringat peristiwa jadi pengapit . Pengapit bidang terjun yang tak reti terjun .

Pagi kejadian , saya and saudara mara yang lain berkumpul di rumah cousin . Semua duduk bersantai di halaman rumah sementara tunggu yang lain tiba . Tapi saya and mama terlebih prihatin terus masuk ke rumah . Tanya samada ada apa apa yang boleh kami bantu . Tetiba.... cousin bersuara .... ' Tak ada pengapit lagi ni'
Me and mama tergamam . Makcik terus pandang saya . 'Hanim lah jadi pengapit' . Oh tidaaaakkkkk ! Rasa nak menjerit sahaja masa itu . Setuju dalam paksa . Cheh , konon ....
Perjalanan ambil masa yang agak lama . Saya beruntung , sebab dapat duduk dalam kereta mewah bersama pengantin and tak perlu bersesak sesak dengan yang lain . hohoho....
Ok , semua perlu mengemaskan diri di masjid sebelum majlis bermula . Saya dipaksa untuk bermekap .

After that , adik mak tanya . 'Mana satu kasut Kak hanim ?' . Alahai , malunya nak tunjuk ...  Sandal sahaja . Sandal ala ala tomboy gitu . Baju sahaja ayu . Kasut tidaklah se ayu baju . Rasa nak tekup muka kat lantai .
Tak bawa high heel untuk dipakai . Saya bersaiz 5 terpaksa pakai kasut mama yang bersaiz 7 . Sumbat tisu di hadapan untuk menjadikan kasut nampak serasi . Jalan dah macam pakai uncle McD pakai kasut besarnya .





Sesiapa yang nak khidmat saya untuk jadi pengapit dia , tolonglah bagi tahu awal awal . Tak mau peristiwa seperti itu lagi .... =.=

3 comments :

  1. salam ziarah..
    oh.. saya dah ada anak 2 ni pun x pernah jadi pengapit.. hehe

    ReplyDelete
  2. Thanks on your marvelous posting! I genuinely enjoyed reading it, you can be a great author.
    I will be sure to bookmark your blog and will eventually come back from now on. I want to encourage that you
    continue your great work, have a nice day!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_