Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

15 October 2010

PUJIAN or SINDIRAN ?

Wah , seronoknya bila terdengar pujian tentang diri kita yang keluar dari mulut insan lain . Lagi-lagi pujian tentang kecantikan pada diri kita . Betol tak ? Moga-moga pujian itu takkan menjadikan diri kita alpa dan bongkak .
Tapi benarkah pujian tu satu pujian yang ikhlas atau hanya sekadar sindiran . Hanya DIA sahaja yang mengetahui .
Saya kat sini bukan nak bagi ceramah atau motivasi . Cuma nak cerita pasal perkara yang menimpa diri saya . Beberapa minggu ni saya menerima beberapa komen positif daripada kawan-kawan selepas sebulan 'bertapa' kat rumah . Tapi tak bermaksud saya tak keluar langsung . Saya keluar rumah , tapi just dengan family . Memang sengaja saya buat sedemikian rupa . Saya perlukan masa untuk diri saya . Saya nak buat satu perubahan pada diri saya . Dan misi saya ni dah 80% berjaya .
Pelbagai produk saya cuba tuk atasi masalah yang saya hadapi . Kadangkala masalah ni selalu membuatkan saya rasa rendah diri . Ada sesetengah pihak yang suka membuat perbandingan antara saya dan adik . Saya tau dia sememangnya lagi lawa dari saya . Tu dah kelebihan yang Allah bagi pada dia . Memang tak dapat dinafikan lagi . Kawan-kawan saya pun puji dia . Ayat-ayat yang selalu saya dengar : ' Adik ko lagi putih erk ' . Cis ! ~ sabar jo den donga *harap-harap adik tak baca blog ni . Ngeh3x ... *




Berbeza memang berbeza . Adik lagi putih . Kulit adik tak bermasalah cam saya . Jerawat tumbuh dengan pesatnya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan .

Semua tu kesah dulu . Sekarang kulit saya dah semakin pulih . Makcik pun de cakap kat saya before raya ri tu , saya dah hampir serupa cam adik . Thats mean , kulit saya dah semakin bersih n cerah . Yipee ! 

Before g konvo kat Johor , saya hangout ngan kawan-kawan praktikal JKR . De yang cakap saya semakin cerah n gebu semenjak duk kat rumah ni . Kalau cerah tu memang saya akui , tapi bab gebu tu kene pk berkali-kali . Bekas jerawat masih tak hilang , cuma berkurang . ^_^
Saya ditengah
Ni da latest picture yang saya de . Real , tak pakai mekap or apa-apa bedak pun kat muka .
Hehehe ... tapi mata saya masa ni memang tersangat mengantuk ... Tak dapat tidur lena malam tu . Asyik terjaga je , tak tau apa sebabnya .


Peristiwa masa konvo lagi satu hal . Dua hari sebelum konvo , saya g la UTHM tuk setelkan pasal alumni . Kene amik gambar tu rekod alumni . Masa tu terserempak dengan seorang classmate kat F2 . Masa nampak dia , saya terus salam . Dia tak tegur saya pun terus cakap ngan member sebelah . Ok , fine . Saya senyap je . Lepas setel urusan peminjaman jubah tu , kami semua terus g pejabat care alumni . Dalam perjalanan tu , saya borak-boraklah cam biasa . Time tu baru dia perasan yang dia salam tadi tu saya . Dia kata muka saya dah lain . Baru berapa bulan tak jumpa dah lain , hampir saja dia tak kenal . Aduhai , sadisnya . Saya bukan g buat surgery . Saya cuma guna produk kecantikan n kesihatan je .

11.10.2010 , saat yang ditunggu telah tiba . Saya konvo !
Setelah selesai upacara konvo , saya keluar dari dewan seperti kawan-kawan lain . Masa nak keluar dewan tu , saya ternampak seorang classmate time diploma . Dia dah jadi staff UTHM . Saya salam dia . Pastu baru saya tegur dia . Terkejut dia . Dia tak perasan pun yang salam tu saya . Dia kata dia tak dapat cam tu saya . Dia kata saya lain sangat . Ni lagi sorang . Haiyaa...

Sempat saya berbual dengan dia kat ' alam maya ' lepas peristiwa tu .

Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya , mereka semua ni puji saya betol-betol ke ape . Apa-apa pun , thanks pada semua yang cakap saya lawa . Hikhikhik ... Malu saya ...


Sebelum :
Ni gambar saya masa zaman ' kegelapan ' dolu 


Selepas :
Gambar di hari  'kejadian '

6 comments :

  1. sy tgk biasa je kak? dua2 stil cantik bg sy! hehehe

    P/s=ni serius bkn sindiran tau? :)

    ReplyDelete
  2. masalah jerawat biasalah bagi seorang remaja.
    harap dapat bersabar.
    nati hilanglah tu.

    :)

    ReplyDelete
  3. sabar ya..tapi kena usaha juga..cousin saya pakai sabun cendawan. licin dah muka dia..saya pun tak berani nak cuba..hehe..

    ReplyDelete
  4. nanie : thanx ... memang tengah proses pemulihan ... sekarang semakin elok ... better than before ... saya dah jumpa produk yang serasi ....

    ReplyDelete
  5. akak awek baju putih too sape ?? haishh .. comey naa...ngeh²

    ReplyDelete
  6. to hajar ;
    siapa entah .... ~ lalalalaa...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_