Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

04 October 2010

PELIK tapi BENAR

Akhirnya saya berkesempatan untuk ceritakan sesuatu di sini. Lama saya menanti giliran tuk berceloteh di sini. Saya cuba updated sesuatu di blog menggunakan Nokia E72. Tapi 'dia' sangat lambat menangkap wireless yang ada, asyik hang aje. Tension! Lama-lama rasa cam nak hempas plak. Sayang punya pasal, tak jadi hempas terus peluk. Hehehe...

Something happen petang tadi time saya tengah makan nasi. Memang PELIK ! Saya terjumpa rambut yang tak berapa chantek masa makan. Mesti de yang cakap, normal la tu. Memang normal if terjumpa kat dalam makanan cam nasi ke sayur ke, or apa-apa yang berkuah. Tapi saya jumpa rambut tu dalam isi ikan. Terselit di celah-celah isi ikan. Camne rambut tu boleh ada kat situ? Takkan ikan tu makan rambut kot. Memang tak tercapai dek akal memikirkannya. Ni dah masuk kali ke-3 saya hadapi perkara ni. Pertama n ke-2 terjadi masa berbuka puasa kat Universiti dulu. Time tu diploma tahun 3 . Dah lama sangat. Saya pun dah hampir melupuskannya dari ingatan.
Kaget saya masa cubit isi ikan tu de rambut. Selera makan terus terbantut. Beristighfar panjang saya dibuatnya. Macam-macam ayat saya baca. Cuak punya pasal.
Tak sempat nasi di pinggan habis, saya terus dapatkan mama. Minta pendapat.



'Kakak jangan tarik terus rambut tu. Putus-putuskan dulu, baru keluarkan'
(Alahai, nak camne tu. Dah tertarik habis masa nak amik isi ikan tu)
'Takpun kakak potong-potong je rambut tu baru buang. Jangan lupa baca ayat Kursi'



Bila saya tanya mama kenapa, dia kata dia Ustaz dalam tv tu yang bagi tau. 
Mama pun tak sempat nak tanya Ustaz tu. (Buat lawak plak mama saya ni)

Selesai saja tugas melicinkan makanan di pinggan, saya terus buat apa yang mama suruh. 
(Just Follow tanpa tahu apa sebabnya. Yang pasti itu untuk kebaikan juga)












Pesanan Penaja :
Makan jangan terlalu laju. Teliti setiap inchi makanan tu. Mungkin ada anasir 'jahat' yang wujud dalam makanan kita. Jaga pemakanan demi hidup yang sihat dan iman yang teguh !

8 comments :

  1. entah2 ikan tu makan org kot..hehe

    same2 syg :P

    ReplyDelete
  2. buat ujian DNA kat rambut tue..mgkn ikan duyung punyer..haha

    ReplyDelete
  3. ada award tag utk ko hanim..check it out

    ReplyDelete
  4. nasib baik jumpa rambut. kalau jumpa gigi mcm ne? :P

    ReplyDelete
  5. kena buat camtu ker?? baru tau ni...hehe

    ReplyDelete
  6. salam,

    ee, menakutkan cane tu..pape pun jgn pikir bukan2 n byk2 berdoa..semuga awk selamat :)

    ReplyDelete
  7. Loh... kalu terjumpa rambut dlm makanan terus terbantut selera.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_