Mimpi adalah mainan tido dan tak perlu nak diambil perhatian. Itu lah yang sering diperkatakan oleh sesetengah pihak. Tapi bagi saya mimpi juga adalah satu anugerah. Siapa yang tak pernah mimpi, sila angkat kaki. Aik, semua kaki pun kat bawah. Hehehe... Mane ada orang yang tak pernah mimpi seumur hidupnya. Mustahilkan..?
Seperti yang semua sedia maklum, saya ni seorang yang suka berkarya. Banyak jugalah hasil penulisan saya. Ia seakan-akan puisi, tapi sebenarnya saya ingin jadikan ia lirik lagu. Pernah ada ketikanya saya teringin nak cipta lagu sendiri, tapi semua itu hanya terkubur begitu sahaja. Sebabnya, saya tak reti main alat muzik. Dolu2 tau lah. Zaman kecik2 dulu. Masa tu sekolah rendah lagi. Subjek muzik mmg subjek kegemaran saya. Always dapat 90% above. Punya minat muzik masa tu, saya turut serta kumpulan koir sekolah n kumpulan nasyid sekolah. Sekarang pun minat juga. Tapi disebabkan kesedaran yang tinggi tentang suara saya yang tak sedap ini, saya hanya mampu nyanyi di depan cermin, di dalam bilik, di dapur, n di K-box saja.
Berbalik pada cerita mimpi saya. Banyak2 mimpi yang saya lalui, ada dua mimpi yang benar2 membuatkan saya terpikir2. Dalam mimpi tu saya terdengar satu alunan lagu yang sangat enak tuk dijadikan halwa telinga. Alunan muzik tu memang saya tak pernah dengari sewaktu saya jaga. Selepas abis dengar muzik tu je, saya mesti terjaga. Sempat lagi saya lihat jam di dinding even dalam kekaburan. Masa itu lebih kurang pukul3-4 pg. Saya cuba tulis lirik lagu yang saya dengar dalam mimpi tu (pen dan kertas memang sentiasa ada di sisi bantal. Persediaan awal, mane tau ada ilham secara mengejut). Tapi bila sedar saja pagi tu, alunan muzik n lirik yang saya dengar masa mimpi tu terus hilang. Lenyap tah ke mana. Puas berfikir, tapi masih tak dapat ingat. Lirik yang saya tulis kat kertas malam tu langsung tak dapat nak paham. Terasa rugi sangat. Masa mimpi first tu, saya tak terasa apa2. Tapi bila wujud mimpi kedua yang sama (cuma alunan muzik n lirik saja lain), saya terasa seperti ini satu anugerah untuk saya. Saya cerita pada mama pasal mimpi tu. Mama sarankan saya terus rekod atau catit apa yang saya dengar masa mimpi tu bila tersedar. Tak perlu nak tunggu pagi. Memang akal ingin lakukannya, tapi mata tak membenarkan tangan bergerak dengan normal pada saat dan ketika itu. ~ huh...
Sehingga kini saya masih menanti mimpi itu kembali. Tapi ia tetap tak kembali.
Masa saya tak inginkannya, ia datang.
Inilah lumrah kehidupan yang terpaksa ditempuhi.
Hope one day i will get dats song !
Manusia sentiasa diberikan peluang.Ilham dalam mimpi juga satu peluang.Bila peluang pertama terlepas,kita masih diberi peluang ke dua...Tapi bila kegagalan kita meraih peluang ke dua,kita akan kehilangan terus peluang tersebut...
ReplyDeleteSoalnya di sini,ilham harus diraih dengan fikiran yang tajam..bakat yang ada sbg cara utk adaptasi ilham.
SB ~ komen yg sgt bagus ! berfikir sejenak apa yg dikatakan... anyway, thanx... ^_^
ReplyDeleteSy suka orang yang suka berfikir...
ReplyDeleteBiskut ~ Hehehe..
ReplyDelete