Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

26 February 2010

5 sifat yang disukai

Lima sifat wanita yang disukai lelaki :
  1. Keibuan - Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mumpunyai ciri-ciri keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.
  2. Prihatin dan menghargai - Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
  3. Menjaga penampilan - Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai diri.
  4. Bijak berbicara - Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadi lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.
  5. Solehah - Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak

~ Adakah diri ini memenuhi kelima-lima ciri di atas...??? saya tak mampu untuk katakan ya... hanya orang sekeliling sahaja mampu menilai diri ini... ~


Lima sifat lelaki yang disukai wanita :

  1. Percaya diri - Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton teruskan bermain. Pada masa yang sama cuba bermain sukan lain juga. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.
  2. Lelaki lucu - Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Tetapi berpatut padan dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya terutama apabila dia sedang bersedih.
  3. Romantik - Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Harus diingatkan bahawa romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.
  4. Bijak - Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi penampilan dan cara membawa diri menjadi perhatian. Selain wajah kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang bijak.
  5. Kemas - Lelaki yang kelihatan kemas dan sentiasa berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Kuku turut memainkan peranan penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari. 

9 comments :

  1. sy mmg xde keyakinan langsung... lucu? yg 2 xde jgk... romantik pun jauh sekali... bijak pun x? kemas lagi la sy selekeh jer? waaaa!!!! ade ke pmpuan nk kt sy nnt.. sedih btol baca pasal ciri2 laki kesukaan wanita.. eh! awk tua dr sy la bru pasan lps tgk profile lps kna pggl akak kt awk..

    ReplyDelete
  2. nasibla xde perempuan nk kt awk... he3... ops, sy lg tua ker... xperasan plak... jauh sgt ke beza... huh, kalo nak panggil kakak pn bleh jerk...

    ReplyDelete
  3. hehe..antara 5 ciri2 tu brape je yg ade pada kter yea..but kter leh cuba yg terbaek..rite??? hehe...

    ReplyDelete
  4. yesza,,, we can try da best.... only 2sifat yg bleh dpt full markh.. he3 =)

    ReplyDelete
  5. kite nk jd sume ciri2 tu..insyaALLAH..amin...

    ReplyDelete
  6. ha! wah! btol3.. lima sifat yg disukai lelaki mmg sy ske pun sifat2 mcm tu klu ade pmpuan mcm tu sy ambik buat bini... hahhahaa

    ReplyDelete
  7. nick : kalo yang de tu lg dr awk... nak wat bini gak ker... =P

    ReplyDelete
  8. eh! xde entry bru ke kak? hehe rsa pelik plak pggl akak sbb muk awk nmpk mcm bru lps spm jer.....

    ReplyDelete
  9. hahaha..macam takde je ciri-ciri tuh..=)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH !



 

Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_