'Awak tinggal di mana?'
'Saya tinggal di Kuala Selangor'
'Kuala Selangor kawasan mana? Dekat dengan Bukit Malawati ke?'
'Ha'ah'
Jika sebut sahaja Kuala Selangor, tempat pertama yang terlintas difikiran mereka mesti Bukit Malawati. Itulah kebiasaannya. Kuala Selangor memang sudah sinonim dengan Bukit Malawati.
Sejak kecil lagi saya suka pergi ke Bukit Malawati. Kebiasaan setiap hujung minggu persekolahan, saya bersama kawan-kawan akan pergi meronda-ronda di Bukit Melawati. Mengulangkaji pelajaran di tempat yang penuh kehijauan seperti Bukit Melawati memang sangat best. Rasa aman dan nyaman sahaja.
Bukit Malawati tempat paling banyak menyimpan sejarah Kuala selangor. Memang sesuailah berkunjung ke Bukit Malawati jika mahu mengetahui sejarah Kuala Selangor.
Terdapat trem yang comel disediakan untuk perjalanan di Bukit Malawati. Perkhidmatan trem ini berbayar dan dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Pada hari Isnin hingga Jumaat, kamu dibenarkan memandu kenderaan sendiri untuk menjelajah Bukit Malawati.
Antara tempat menarik di Bukit Malawati :
Air Terjun
Air Terjun tempat pertama yang akan dilihat selepas pintu gerbang Bukit Malawati. Itupun jika kamu menggunakan perkhidmatan trem. Jika kamu menggunakan perkhidmatan kaki sendiri, lebih asyik mulakan perjalanan melalui tangga seratus. Tangga seratus ini berdekatan dengan Taman Alam Kuala Selangor. Tempat pertama yang kamu lihat selepas berpenat lelah mengira 100 anak tangga ialah Laman Budaya dan Muzium Permainan Tradisional.
Air Terjun ini selalunya akan jadi tumpuan pelancong untuk berphotoshoot.
Muzium Permainan Tradisional
Muzium ini mengumpulkan pelbagai jenis permainan tradisional yang pernah dimainkan suatu ketika dahulu. Pelbagai replika disediakan untuk setiap jenis permainan. Terdapat juga catatan sejarah disebalik permainan.
Saya teruja apabila membaca kisah sejarah setiap permainan tradisional yang dihimpunkan di Muzium Permainan Tradisional.
Ada juga permainan tradisional yang tak pernah kita ketahui. Memang bagus jika ibu bapa membawa anak-anak mereka melawat Muzium ini. Perkenalkan dengan mereka tentang permainan tradisional yang semakin dilupakan semenjak kewujudan playstation dan computer game.
Antara replika yang ada di dalam Muzium Permainan Tradisional.
Perigi Beracun mengandungi air yang dicampur bersama beberapa jenis getah dan miang rebung. Perigi Beracun ini adalah tempat penyeksaan penderhaka pada zaman dahulu. Penderhaka akan dimasukkan ke dalam perigi beracun dan air di isi sehingga ke paras dagu. (Saya sudah dapat bayangkan bagaimana rasanya penderhaka yang dimasukkan ke dalam perigi beracun ini. Sakit dan gatal. Auwww..)
Laman Budaya
Tempat persembahan kebudayaan.
BaitulHilal
BaitulHilal Bukit Malawati merupakan tempat mencerap anak bulan. Bangunan ini sememangnya dibina khas bagi Hilal Ramadhan (awal puasa), Syawal (Raya Aidilfitri), dan Zulhijjah (Raya Qurban), disamping untuk cerapan bulanan bagi setiap Bulan Islam.
Rumah Api
Rumah Api ini digunakan sebagai panduan kepada kapal laut.
Meriam Sejarah
Meriam Sejarah terletak di Puncak Bukit Malawati. Meriam-meriam ini menghala ke muara Sungai Selangor.
Muzium Sejarah Kuala Selangor
Muzium Sejarah Kuala Selangor adalah tempat paling bagus untuk dilawati bagi mengenali Kuala Selangor dan juga Selangor. Saya sudah pernah masuk ke dalam muzium ini. Tiada apa bayaran yang diminta pun. Free sahaja. Memang agak rugi jika kamu tidak masuk. Walaupun kita anak jati Kuala Selangor, ada juga perkara tentang Kuala Selangor yang kita tidak tahu. Muzium Sejarah inilah jadi tempat paling sesuai untuk kamu mengenali Kuala Selangor.
Batu Hampar
Batu Hampar merupakan seketul batu pejal empat persegi berukuran 5x5x1 kaki padu yang beralas longgokan tanah pasir sebagai kakinya. Batu Hampar terletak di atas kawasan lapang dengan menuruni tiga anak tangga menghala matahari terbit.
Batu Hampar ini dipercayai merupakan kawasan pancung bagi penderhaka pada zaman dahulu.
Busut Malawati
Terdapat pohon sena yang kini telah berusia 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan sultan bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.
Makam Diraja Selangor
Terdapat 3 orang Sultan yang disemadikan di Makam Diraja Selangor ini.
- Sultan Selangor Pertama - Sultan Salehudding (1766 - 1782)
- Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1782 - 1826)
- Sultan Selangor Ketiga - Sultan Muhammad (1826 - 1857)
Makam Diraja Selangor sudah tidak boleh dilawati lagi. Hanya boleh dilihat dari luar sahaja. Mungkin demi keselamatan makam Sulatan.
Meriam Penggawa
Meriam Penggawa diletakkan di dalam kawasan Makam Diraja Selangor. Meriam ini ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12 km ke selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya adalah ‘Petoi Boga’ yang bermaksud Puteri Putih.
Di sekitar Bukit Melawati juga terdapat tempat-tempat sejarah yang menarik seperti Kota Tanjung Karang, Makam Anak Dara, dan Telaga Tujuh.
Bagi mereka yang tidak tahu dimana Kuala Selangor, boleh la melihat peta ni.
Special thanks to NurAizuddin dan NurElyani for coming to my hometown.
5 tahun sudah berlalu tapi terasa macam baru semalam.
5 tahun sudah berlalu tapi terasa macam baru semalam.
Tak pernah smp pun lagi kat bukit melawati ni, teringin nk pegi sbnarnya, tapi tak taulah bila tercapai impian, hihi..mcm jauh sangat kan.
ReplyDeletebunyi cam menarikk la.. boleh pegi nii
ReplyDeletesalam singgah.salam ukhuwah hanim..kuala selangor rumah in law..hehe selalu pergi..boleh singgah makan cendol bakar juga..:)
ReplyDeletewow..so nice byk jgk tempat2 menarik kat bukit melawati neh..
ReplyDelete