Marshmallow cream
Marshmallow spread
Tiga nama yang berbeza pada jenis yang sama.
Marshmallow sudah biasa kita lihat dan dengar.
Tapi berapa ramai yang kenal dengan Marshmallow Fluff ???
Hehehe ... Awak macam blur blur je.
Cuba awak google 'Marshmallow Fluff'
Marshmallow fluff ni sedap digunakan dalam resepi pemanis mulut (dessert).
Saya pernah gunakan marshmallow fluff dalam resepi trifle saya.
Meh saya nak kongsikan resepi yang saya gunakan untuk buat marshmallow fluff.
Bahan - bahan :
1 1/2 telur (bahagian putih telur sahaja)
1 cawan corn syrup
Secubit garam
1 cawan gula aising
1 camca kecil esen vanilla
Cara - cara :
Masukkan putih telur dan corn syrup, serta secubit garam.
Pukul sehingga kembang putih gebu.
Masukkan gula aising.
Pukul sehingga sebati dan bertambah gebu.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan dalam bekas kaca untuk disimpan.
SIAP dah ...
Saya panaskan dulu Marshmallow fluff sebelum disimpan untuk guna.
Boleh panaskan dalam microwave.
Saya macam tak boleh nak makan terus marshmallow fluff tu. Rasa macam mentah je. Errr...
Marshmallow fluff boleh juga dijadikan sapuan pada roti bersama sapuan peanut butter.
Saya tak pernah lagi cuba sebenarnya. Hehehe ...
Tapi berdasarkan cadangan imaginasi saya, gabungan kemanisan marshmallow fluff dan kelemakkan peanut butter tu sangat serasi bersama.
SELAMAT MENCUBA !!!
Wahhh.. kak nonlama x buat mashmellow sendiri. 1st time buat leras sikit. Tapi banyak jenis dan perisa. Kena try resipi ni
ReplyDeletemarshmallow ni lembut je...sebabnya marshmallow ni bukan jenis pejal, tapi jenis krim.
Deletetak penah baca resepi buat mashmellow sendiri. boleh bookmark ni. bebudak mesti suka :D
ReplyDeletemarshmallow fluff sedap disapu pada roti bersama peanut butter..mungkin budak2 pun suka
ReplyDeletemanihh!
ReplyDelete