Orang tua-tua kata jika ada anak remaja jadi pengapit nanti mereka cepat kahwin. Oh really ?
Itu bukan fakta tapi auta. Sebab sampai sekarang saya masih tak kahwin walaupun mula jadi pengapit pada usia 16 tahun. Kiranya paling awal la tu jadi pengapit.. Usia belasan tahun sudah jadi pengapit . Masih sekolah pulak tu.
Bila teringat balik peristiwa pengalaman pertama jadi pengapit, rasa macam nak tergelak pun ada. Macam je la tapi tak gelak lagi. Miahaha..
Tapi serius kelakar masa tu. Saya dapat tahu saya diperlukan untuk jadi pengapit waktu pagi sebelum bertolak ke rumah pengantin lelaki. Mak aih.. Mana tak ternganga mulut terdengar makcik saya kata masih tiada pengapit perempuan, dan dia perlukan khidmat saya. Huu. Gaya macam saya buka syarikat perkhidmatan pengapit je.
Inilah padah bila suka melaram pakai lelawa nak pergi majlis perkahwinan. Tak pasal pasal kena jadi pengapit bidang terjun. (sampai sekarang pun tetap suka melaram pergi majlis perkahwinan.tak serik!)
Setiba di lokasi ada orang nak make up saya pula. Tetiba rasa macam saya yang nak kahwin masa tu. Miahaha..
Paling saya tak boleh lupa part kasut. Makcik-makcik saya tegur pasal sandal saya pakai. Katanya tak sesuai untuk jadi pengapit. Terpaksa pakai kasut tumit yang saiz besar. Saya juga terpaksa sumbat tisu dan kertas di bahagian depan kasut. Kekok nak berjalan.
Itu cerita dulu... Zaman remaja hingusan lagi. Hee
Sekarang saya dah matang. Hehehe... Tak perlu nak susah kerepotkan orang lain nak minta tolong make up. Saya dah pandai make up, walaupun tak semegah wajah artis.
Saya juga bukan sekadar pengapit yang mengiring pengantin ke pelamin, malahan saya telah menjadi pembantu kepada pengantin. Tolong sediakan apa yang perlu. Urusan pengambilan kek juga pengapit ini yang buat. Bagus tak ? Bagus tak ? lalala ~
Malu tahu orang tengok kita.
(Padahal orang tengok pengantin.Perasan sungguh.T_T)
Part yang ni lagi malu. Rasa nak pakai topeng kat muka ja.
Pengapit juga akan tolong pegang barang penganti,
sambil dapatlkan tempias berkat bagi cepat sikit kahwin.
Muhehehe...
Pengapit peneman setia penganti. Hee
Semua gambar yang saya publish adalah kejadian yang berlaku tahun lepas. Gambar pengapit ketika umur 16 tahun tu tak pernah tengok lagi. Sepupu dah 3 orang anak tapi saya masih tak tengok lagi gambar saya ketika jadi pengapit dia. Paling pasti kecomotan saya ketika itu terserlah.. Hiks
Bicara Hati gadis : Sudah genap 3 kali saya jadi pengapit. Cukup sudah. Nak jadi pengantin pulak. Eh, kbye !
untunglah jadi pengapit. leh tambah saham. :P
ReplyDeleteselamat pengantin baru kat pengantin :) eh, jom follow cik anis :))
ReplyDeletekak hanim cantik bila pakai baju warna pink...!
ReplyDeletekomen takde kaitan dengan entry.....muehehehe...
amin.... moge cepat la kawen yer...
ReplyDeleteselamat pengantin baru buat mereka. :)
ReplyDeletewah...jd pengapit hehehe
ReplyDeletekita pun 3x jd pengapit. :)x suka tp terpaksa.
ReplyDelete